Seni & Sukan 28 Oct, 2022

Piala Malaysia 2022: Terengganu FC berpesta gol! Tundukkan Sri Pahang, 5-1! Selesa ke game kedua!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


SRI Pahang FC gagal menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri selepas tewas besar 1-5 kepada Terengganu FC dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir dalam saingan Piala Malaysia 2022

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur itu seperti tuan rumah buat Terengganu apabila mereka lebih menguasai permainan dengan serangan demi serangan dan Sri Pahang pula sedikit sukar untuk mendapatkan rentak permainan mereka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Malaysia


Pemain import skuad Sang Penyu, Kpah Sherman menjadi watak penting selepas meledak hatrik dalam perlawanan ini sekali gus menjadi individu pertama melakukan hatrik dalam saingan Piala Malaysia tahun 2022 ini. 

Dua jaringan lagi hadir menerusi Nik Muhammad Sharif Haseefy dan Faisal Halim untuk melengkapkan malam gemilang buat skuad kendalian Nafuzi Zain

Sementara Sri Pahang hanya peroleh gol saguhati pada minit ke-43 menerusi Steven Rodriguez

Dalam perlawanan tersebut, ramai peminat menjangkakan perlawanan derby Pantai Timur ini akan berlangsung dengan sengit namun sebaliknya berlaku apabila Terengganu lebih dominan. 

Terengganu membawa bekalan selesa ke Kuala Terengganu sementara Sri Pahang pula perlu melakukan sesuatu yang luar biasa di perlawanan kedua nanti pada 1 November 2022 ini. - KitaReporters

Kredit Foto : FB Sri Pahang

10
24
0
16
0
You will be interested