Seni & Sukan 25 Jun, 2021

Berita Terkini| Sorok dadah dalam brek tangan kereta! 2 buruh ditahan miliki dadah lebih RM5k!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Ketua Polis Daerah Jempol, Hoo Chang Hook berkata kedua-dua suspek berusia 39 tahun yang dalam keadaan mencurigakan itu ditahan selepas gagal memberikan alasan munasabah dalam sekatan jalan raya.


TINDAKAN licik dua buruh yang menyembunyikan dua paket plastik lut sinar berisi dadah seberat 123.75 gram yang bernilai RM5,193 dalam bahagian brek tangan kereta yang dinaiki terkantoi apabila ditahan pada Sekatan Jalan Raya (SJR).

Ketua Polis Daerah Jempol, Hoo Chang Hook berkata kedua-dua suspek berusia 39 tahun yang dalam keadaan mencurigakan itu ditahan selepas gagal memberikan alasan munasabah sebelum pemeriksaan lanjut menemui pelbagai jenis dadah dalam kenderaan dinaiki.

Dalam pemeriksaan itu SJR di hadapan Taman Sornam Jalan Bahau-Juasseh, Bahau, Jempol, polis merampas dua paket plastik lut sinar berisi dadah jenis heroin seberat 110.5 gram (g) dan dua paket plastik lut sinar pelbagai saiz mengandungi ketulan jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 13.25g, semuanya bernilai RM5,193.

“Kedua-dua suspek itu juga didapati positif dadah jenis MOP selain mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Mereka  diperintah menjalani tahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) selama dua tahun di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Simpang Rengam, Johor dan PPA Batu Gajah, Perak,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today pada Jumaat, 25 Jun 2021.

Chang Hook berkata kedua-dua suspek juga dikompaun RM5,000 setiap seorang kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan melakukan kesalahan rentas negeri. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

KEDUA-dua suspek juga dikompaun RM5,000 setiap seorang kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan melakukan kesalahan rentas negeri.  Kredit Foto Free Malaysia Today.

4
1
1
0
1
You will be interested