Seni & Sukan 17 Dec, 2020

Silap orang! Lelaki nyaris diperkosa kerana berambut panjang

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

TAK tahu nak sedih atau ketawa saat membaca kisah seorang lelaki berusia 24 tahun nyaris menjadi mangsa rogol oleh seorang lelaki berusia 48 tahun. Kejadian yang berlaku di daerah Pinrang, Sulawesi Selatan, Indonesia ini menarik perhatian masyarakat setempat. Kalau nafsu dah menguasai akal, semuanya diredah sahaja. : KitaReporters


Gambar hiasan. - Kredit foto-foto: Google Image


Lagi laporan-laporan berkaitan kes rogol:

https://kitareporters.com/search?search=rogol


Lapor portal Detik.com, lelaki berkenaan, Mursalim telah disalah sangka sebagai perempuan oleh Syamsu Alam kerana berambut panjang apatah lagi ketika itu waktu dinihari di mana cahaya masih gelap. Kejadian itu berlaku pada Isnin, 7 Disember 2020 di Dusun Bungalosie, Kampung Pananrang, daerah Mattiro Bulu, Pinrang



Ketika kejadian, Mursalim yang merupakan seorang mak nyah, baru sahaja pulang dari tempat kerjanya di butik pengantin. Sementara itu, pelaku yang baru saja kembali dari menjaga pos keselamatan bergerak (mobile), tiba-tiba bernafsu melihat kelibat Mursalim yang disangkakan perempuan dan terus mengekorinya.

Sampai di satu tempat, tiba-tiba mangsa dihalang dan pelaku mula mahu merogolnya. Ketika itulah mangsa mula melawan dan mempertahankan dirinya.



Kemudian pelaku mula bertindak semakin kasar dengan mencekik leher Mursalim dan mengigit lengannya. Oleh kerana mangsa dilihat kuat melawan, akhirnya pelaku melarikan diri.

Mursalim akhirnya membuat laporan polis. Pelaku berjaya ditangkap polis dan kemudiannya menceritakan bahawa dia sangkakan Mursalim itu perempuan sejati.

Oleh kerana kedua-duanya lelaki, pelaku tidak didakwa atas cubaan memperkosa sebaliknya didakwa di bawah penganiayaan Pasal 351 Ayat 1 undang-undang Indonesia. 

Setelah disoal siasat, ternyata pelaku tinggal berjiran dan jarak tempat tinggal mereka hanya 400 meter. Malah, mereka saling mengenali. 

Menurut polis, pelaku mungkin keliru kerana kejadian berlaku pada waktu Subuh iaitu jam 4.00 pagi. - KitaReporters


Gambar hiasan. - Kredit foto-foto: Google Image

0
0
0
2
1
You will be interested