KEADAAN lelaki yang terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah Suria Kuala Lumpur (KLCC)
SEORANG lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah Suria KLCC di Kuala Lumpur pada Rabu, 21 April 2021.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.52 tengah hari.
“Setakat ini, saya mengesahkan kejadian tersebut membabitkan seorang lelaki yang telah terjun dari tingkat tiga KLCC.
“Siasatan masih dijalankan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu, 21 April 2021.
KETUA Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan kejadian dan siasatan terperinci masih dijalankan. Kredit Foto MalaysiaGazette.
Terdahulu, tular gambar dalam media sosial yang memaparkan seorang lelaki terbaring di aras bawah selepas dipercayai bunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan terbabit.
Kejadian terjun bangunan bukan pertama kali berlaku di KLCC kerana pada 2018, pernah tular tentang seorang lelaki yang cuba bunuh diri di pusat beli belah yang sama.
Tindakan berkenaan dibuat kerana mengalami masalah kesihatan mental namun berjaya dihalang oleh pasukan bomba dan penyelamat. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
LOKASI yang menjadi tempat lelaki terjun dari tingkat tiga KLCC. Kredit Foto Malaymail.com