Seni & Sukan 25 Apr, 2021

Berita Terkini| Wad ICU tempatkan pesakit Covid-19 di Iraq terbakar! 24 maut 34 cedera setakat ini

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

PASUKAN bomba dan pnyelamat dikerah ke lokasi kejadian yang mengorbankan 24 orang terkorban di Unit Rawatan Rapi di Hospital Ibn al-Khatub, Baghdad. -AFP


KIRA-KIRA 24 maut manakala 34 yang lain cedera dalam kebakaran di unit rawatan rapi (ICU) yang menempatkan pesakit Covid-19 di hospital Ibn al-Khatub, Baghdad.

Memetik laporan CNN, kebakaran berlaku dipercayai letupan simpanan silinder oksigen,

Anggota bomba dan penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian bagi usaha memadamkan kebakaran dan memindahkan pesakit di wad berhampiran.

Ketua unit pertahanan awam negara itu memaklumkan bahawa operasi menyelamat telah berjaya memindahkan kira-kira 200 pesakit di hospital berkenaan.

Setakat ini, punca letupan silinder oksigen masih belum diketahui, namun kerja-kerja memadamkan kebakaran telah selesai dan siasatan juga dimulakan.

Video di media sosial menunjukkan anggota bomba cuba memadamkan kebakaran di hospital Ibn al-Khatib di pinggir ibu negara Iraq itu, ketika pesakit dan ahli keluarga mereka melarikan diri dari hospital berkenaan.

Sementara itu laporan AFP memaklumkan kebakaran itu, yang didakwa beberapa sumber berlaku kerana kecuaian yang kerap dikaitkan dengan amalan rasuah di Iraq, mencetus polemik dalam kalangan pengguna media sosial di negara itu.

 Gabenor Baghdad, Mohammed Jaber, menggesa Kementerian Kesihatan Iraq menubuhkan suruhanjaya siasatan untuk memastikan pihak yang gagal melakukan tugas, dihadapkan ke muka pengadilan.

Walaupun pertahanan awam memaklumkan kebakaran itu berjaya dikawal, Kementerian Kesihatan Iraq masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau mengumumkan jumlah individu yang maut atau cedera setakat ini.

ORANG Ramai berkumpul di hadap pintu utama hospital bagi mengetahui perkembangan berhubung kebakaran yang mengorbankan 24 maut dan 34 cedera.


Rabu, 21 April 2021 jumlah kes Covid-19 di Iraq melepasi sejuta sekali gus merekodkan jangkitan tertinggi di negara Arab.

Kementerian Kesihatan negara itu merekodkan sebanyak 1,025,288 kes dan 15,217 kematian akibat Covid-19 sejak pandemik itu dikesan di Iraq pada Februari tahun lalu

Sementara itu, Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhimi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mengarahkan siasatan segera dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian. -KitaReporters

 

0
0
2
0
0
You will be interested