Seni & Sukan 17 Apr, 2021

Kahwin 4X, cerai 3X! Dapat cuti kahwin 32 hari! Cara tak beretika tapi tak langgar undang-undang

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Sanggup... Seorang lelaki memperdayakan majikannya untuk mendapatkan cuti berkahwin selama tiga puluh dua hari dalam tempoh tiga puluh tujuh hari dengan melakukan perbuatan 'kahwin-cerai'. - Gambar hiasan


MANUSIA sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan haknya sama ada secara sah atau sebaliknya.

Beri pelbagai alasan yang pelik-pelik! Usahakan dapat cuti panjang sehingga 32 hari meskipun tidak pernah dibuat mana-mana individu terhadap majikannya.

Inilah yang dikatakan “matlamat menghalalkan cara”  atau dengan kata lain mengutamakan diri sendiri dengan cara melanggar prinsip-prinsip dan teori-teori yang mereka sendiri laung dan serukan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkahwinan



Di Taipei, Taiwan seorang kerani di sebuah bank sanggup berkahwin sebanyak empat kali dan bercerai tiga kali dengan isterinya sendiri demi mendapatkan cuti perkahwinan daripada majikannya.

Menurut laporan berita News18.com, seorang lelaki di mana identitinya tidak didedahkan telah berkahwin sebanyak empat kali untuk layak mendapatkan cuti bergaji penuh.

Modus operandinya, bermula apabila dia berkahwin buat pertama kali dengan isteri pilihannya pada 6 April 2020 dan kemudiannya menceraikan isterinya pada hari terakhir cutinya.

Seterusnya, lelaki itu berkahwin semula dengan wanita yang sama (bekas isteri) dan terus mengulangi perbuatan itu (penceraian) apabila cuti ‘kahwin’ berada di penghujung hari.

Dia melakukan aktiviti ‘kahwin cerai’ tersebut dalam tempoh 37 hari dan layak mendapat cuti selama 32 hari atas sebab berkahwin.


Setiap pekerja di Taiwan berhak mendapat cuti bergaji penuh selama lapan hari apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing-masing. - Gambar hiasan.


Menurut undang-undang buruh Taiwan, seorang pekerja layak menerima cuti bergaji selama lapan hari apabila mereka berkahwin.

Namun begitu, majikannya mula berasa curiga dan musykil perihal pekerjanya yang selalu memohon cuti ‘kahwin’ sehingga akhirnya bertindak tidak meluluskan cuti pekerja tersebut.

Tindakan majikan lelaki itu telah memaksa dia membuat aduan kepada Biro Buruh Bandar Taipei dan mendakwa bank tempat dia bekerja telah melanggar undang-undang tidak mematuhi Artikel 2 Peraturan-Peraturan Cuti Buruh.

Pihak biro buruh telah menjalankan siasatan terhadap kes itu dan mendapati bahawa pihak bank (majikan pengantin baharu) telah melanggar peraturan  Artikel 2 berkaitan kelayakan cuti berkahwin bagi setiap pekerja di Taiwan.

Ekoran itu, pada  bulan Oktober 2020, majikan tersebut (bank) diperintah untuk membayar denda sebanyak NT$20,000 (RM2,903) kerana melanggar peruntukan Undang-Undang Buruh Taiwan.

Bank tersebut kemudiannya membuat rayuan dengan hujah penyalahgunaan cuti perkahwinan bukanlah merupakan cuti yang sah di bawah Peraturan Cuti Buruh.

Rayuan berkenaan gagal dipertimbangkan susulan pihak biro kekal dengan keputusannya bersandarkan undang-undang yang sedia ada. 

Pada 10 April 2021, setelah setahun kes berlalu, Biro Buruh Beishi mengakui bahawa perbuatan kerani itu dianggap tidak beretika sebaliknya, biro itu juga berkata pengadu tidak melanggar mana-mana undang-undang yang diperuntukkan sama ada pihak bank atau syarikat. – KitaReporters.



Sumber:

https://www.news18.com/news/buzz/taiwan-man-marries-same-woman-four-times-divorces-thrice-in-37-days-for-extra-paid-leaves-3642176.html

0
2
0
0
0
You will be interested