Seni & Sukan 10 Apr, 2020

ALIFF SYUKRI SEDIH!! NETIZEN ASYIK PERTIKAI DIA!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

SEKALI lagi usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dikecam oleh netizen gara-gara menyangkakannya telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila memuat naik gambar percutian di Janda Baik, Pahang bersama anak-anaknya. : KitaReporters


Kekeliruan timbul apabila Aliff membuat naik satu gambar dia bersama anak-anak sedang menjamu selera dengan kapsyen berbunyi: â€śhari ini saya amat gambira sebab boleh makan sekeluarga dengan anak-anak masakan kampung dan suasana kampung”.


Kebanyakan netizen menyangka Aliff telah melanggar PKP dan menyoal bagaimana dia boleh melepasi sekatan jalan raya. 

Sedangkan hanya dibenarkan sebuah kereta boleh dinaiki seorang sahaja.

Menyedari kecaman yang diterima, Aliff tampil memberi penjelasan berkenaan hal tersebut.

Menurut ahli perniagaan ini, dia sedih dengan apa yang berlaku. Apa saja yang dilakukannya, semua dipertikaikan oleh netizen

Dakwanya lagi, dia tidak sesekali melanggar arahan KPK kerana hanya tinggal di Janda Baik dan tidak ke mana-mana.

Berkenaan gambar-gambar ketika berada di luar Janda Baik yang dimuat naik olehnya dalam Instagram, itu adalah gambar-gambar lama.

“Saya benci hearted. Apa masalah korang? Saya berasa amat sedih. Apa yang saya buat selalu dipertikaikan netizen. Sedangkan  kacau hidup orang pun. Saya hanya duduk di @sugehhillresort janda baik. Kadang-kala gambar yang saya posting itu adalah gambar-gambar lama,” jelasnya.

Aliff juga mempersoalkan apa yang netizen mahukan daripadanya kerana apa yang dilakukan pasti akan timbul ketidakpuasan hati semua orang.

“Apakah sebenarnya rakyat Malaysia mahukan. Apa yang korang tidak puas hati dengan saya. Saya hanya sekadar berniaga sahaja. Kadang-kadang orang tidak faham masalah saya dan hanya nampak kelemahan serta keburukan saya.Tetapi orang tidak nampak kebaikan saya,” tulisnya.

Semoga dengan penjelasan ini, netizen tidak lagi menuduh Aliff melanggar PKP. 

Kepada Aliff juga, berhati-hatilah ketika memuat naik gambar agar tidak menimbulkan kekeliruan orang ramai seterusnya mengundang kecaman "tentera bawang se-Malaysia".


Semoga kita sama-samalah bermuhasabah diri tatkala musibah pandemik Covid-19 yang melanda agar masing-masing tidak tertekan dan terus bertelingkah dalam media sosial. - KitaReporters

2
0
0
0
1
You will be interested