Gaya Hidup 04 Sep, 2020

Terbaik McDonald's Malaysia! Mesej cegah COVID-19 di sekolah

@editor 1
Semua kenyataan akhbar/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters

Share this

MCDONALD'S Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor berganding bahu melalui program #KitaJagaKita bagi menyebarkan mesej pencegahan COVID-19. Program ini mendekati lebih 35,000 murid, melibatkan 30 sekolah terpilih sekitar Lembah Klang yang berhampiran dengan restoran McDonald’s. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan sekolah:

https://kitareporters.com/search?search=sekolah


Majlis pelancaran program #KitaJagaKita yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keramat Wangsa, Kuala Lumpur pada 2 September 2020 menyaksikan McDonald’s Malaysia menyumbang lebih 1,000 mesej pencegahan COVID-19 untuk diletakkan di persekitaran sekolah-sekolah ini

Mesej-mesej yang disumbangkan adalah dalam bentuk poster, papan tanda, dan juga pelekat yang bertujuan memberi kesedaran tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mencegah penularan COVID-19


“Inisiatif yang dilaksanakan ini merupakan cara kami memberi sokongan terhadap usaha berterusan kerajaan menangani penularan COVID-19. Sebagai sebuah syarikat terkemuka, kami ingin memberi impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi operasi kami, terutama ketika kita masih berada dalam saat sukar dengan pandemik ini yang masih berleluasa. 

"Semoga sumbangan mesej-mesej ini di sekolah mampu meningkatkan semangat #KitaJagaKita dalam kalangan murid, guru, ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah agar saling prihatin dan mengambil berat antara satu sama lain. 

"Sama-samalah kita beringat dan memastikan diri dan persekitaran kita sentiasa selamat daripada jangkitan wabak ini,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di Kuala Lumpur pada 3 September 2020.


“Pihak sekolah sangat menghargai sumbangan yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia. Ini merupakan satu penambahbaikan yang cukup penting bagi kami, terutamanya bagi mendidik dan mengingatkan murid tentang kepentingan amalan keselamatan COVID-19. Besar harapan saya agar mesej yang disumbangkan ini dapat diikuti oleh semua murid,” kata Mustafa Kamal Musa, Pengetua, SMK Keramat Wangsa, Kuala Lumpur.

Selain mengetengahkan pentingnya mendengar arahan guru, mesej pencegahan yang disumbangkan McDonald’s Malaysia kepada sekolah-sekolah ini turut menekankan amalan penjarakan sosial, pembersihan tangan, pemakaian pelitup muka dan pemeriksaan suhu badan

Mesej-mesej pencegahan COVID-19 yang ditaja oleh McDonald’s Malaysia ini akan mula diletakkan secara berperingkat-peringkat daripada bulan Ogos dan September ini.


“Sumbangan mesej-mesej pencegahan COVID-19 ini secara langsung membolehkan kami sebagai ibu bapa menarik nafas lega, memandangkan ia dipaparkan secara jelas di sekitar kawasan sekolah.  

"Tidak dinafikan terdapat kerisauan setiap kali anak pergi ke sekolah. Mereka ini perlu sentiasa diingatkan, kadang-kadang apabila seronok berjumpa kawan-kawan, mereka boleh lupa apa yang kita pesan. Peranan guru di sekolah sangat penting untuk memantau langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan,” kata Mejar Jeneral (B) Dato' Ahmad Hadiatullah Maknun Ridzuan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Keramat Wangsa, Kuala Lumpur, dalam kenyataan media yang sama. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Mengintai Dari Tirai Kamar top di Indonesia! Saari Amri ubah jadi Buih Jadi Permadani!

Nama Exists jadi bualan hangat kerana lagu ciptaan Saari Amri, Mengintai Dari Tirai Kamar jadi top di Indonesia. Judul diubah sedikit jadi Buih Jadi Permadani

Kegagalan mematuhi SOP! Terengganu FC, JDT dikompaun! Masing-masing kena denda RM10,000! - JKNT

Pengarah JPNT Datuk Dr Kasemani Embong berkata, semasa perlawanan berlangsung sejumlah RM20,000 kompaun dikenakan antara pasukan tuan rumah dan pasukan pelawat
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 12 hours ago

Video| Pening tauke kedai! Kira seguni duit syiling! Beli motor guna syiling bernilai RM5,321!

Seorang lelaki Indonesia berjaya beli sebuah motosikal idamannya secara tunai gunakan wang syiling daripada tabungnya yang bernilaii 18 juta rupiah atau RM5,321
Zul Akmar Jamaludin in Gaya Hidup 16 hours ago

Shukor Adan umum nak gantung but! Buru Piala Malaysia keempat! Hadiah persaraan diri, KL City!

Lebih dua dekad banting tulang sebagai pemain profesional, Shukor Adan berhasrat untuk bersara sekiranya ditakdirkan Kuala Lumpur City FC rampas Piala Malaysia
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 19 hours ago

Video| GV8: Masih tiada penyingkiran! Episod 3 akan ada terkeluar! Nico G, Fazley, Ani Maiyuni?

Melihat dua persembahan yang telah berlangsung, salah satu artis yang dijangka mungkin akan tersingkir ialah sama ada Nico G, Fazley Yaakob atau Ani Maiyuni
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 20 hours ago