SETELAH lebih sebulan setengah 'terkurung' di universiti, akhirnya kebanyakan mahasiswa universiti sudah menarik nafas lega kerana mereka dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga tercinta kecuali bagi pelajar-pelajar yang rumah mereka berada di dalam zon merah yang terpaksa menahan rindu dahulu kerana harus kekal di universiti sehingga keadaan terkawal kembali. : KitaReporters
Jika sebelum ini, bas yang dinaiki pelajar diiring oleh polis untuk pulang ke kampung jadi tumpuan.
Tetapi kali ini tidak kurang hebatnya apabila petugas barisan hadapan yang kebanyakannya terdiri daripada anggota bomba mendendangkan lagu 'Balik Kampung' kepada kumpulan terakhir pelajar UKM sebelum mereka berangkat pulang.
videoVideo dikongi oleh Zairul Najmi. - Kredit video: Dmm Muslizainun.
Video ini dikongsi terlebih dahulu oleh pelajar UKM, Dmm Muslizainun sebelum ia dikongsi semula oleh Zairul Najmi.
Ini sudah pasti satu momen yang sangat bermakna bagi pelajar.
Ye lah... bukan senang nak dapat nyanyian secara eksklusif dari petugas barisan hadapan yang berpenat lelah tetapi tetap 'sporting' menghiburkan mereka.
Menjengah di bahagian komen, pelbagai reaksi positif daripada netizen terhadap petugas barisan hadapan ini malah ada yang memuji cara mereka ini.
Difahamkan, sebanyak 32 bas telah selamat sampai ke zon pantai Timur biarpun berlaku sedikit kelewatan dari masa yang ditetapkan, namum ia satu mengembirkan para pelajar.
Malah, Muslizainun turut memuji kesemua petugas barisan hadapan dan mereka yang terlibat kerana telah membantu dari mula hingga akhir bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin.
Video yang dikongsi oleh Zairul Najmi itu telah ditonton hampir 60,000 orang setakat jam 7.00 pagi Rabu, 6 Mac 2020. - KitaReporters