Seni & Sukan 13 Apr, 2020

JANNA DIPUKUL LELAKI DAYUS? APA HAL ZIZAN?

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

PERKATAAN lelaki dayus sememangnya cukup sinonim dalam masyarakat kita di mana lelaki itu sanggup memukul perempuan tanpa belas kasihan. Perempuan ini terkenal dengan ciri kelembutan serta sifat lemah dan sudah pasti ia memerlukan lelaki untuk melindungi diri mereka bukan mencederakan mereka. : KitaReporters

Janna didakwa beliau dipukul oleh lelaki. Video ini sama seperti dimuat naik dalam Instagramnya. - Kredit kepada Facebook Janna Nick. 


''Buat apa ko call aku lagi setan, eh sorry apa aku dah tak nak dengar tak nak dengar sory ko punya sory pergi mampus la wei sory apa aku penat la dengar ko cakap sory sory tapi ko belasah aku juga bila ko belasah aku macam binatang ko buat tak tahu ko tidak fikir aku tengah sakit  ke apa ko belasah aku dah la wei ko tak payah cari aku la wei sekarang ko kurung aku dekat rumah nie, ko tak payah buat buat lupa la ko bawa kunci  ko kurung aku dekat rumah nie sampai aku tak boleh pergi hospital tanya muka aku nir macam mana sekarang nie aku dah boleh la nak tengok muka ko benci dah terlambat dah dah terlambat kalau ko nak bagitahu ko sayanga aku sebab kalau ko sayang aku ko tak kan buat aku macam nie  sudah la sudah ko dengar apa aku nak cakap aku sumpah kalau ko balik memang aku bunuh ko aku bunuh ko'.'


Agak malang bagi mana-mana wanita di dunia ini jika dapat lelaki yang suka membuli dengan mencederakan anggota fizikal wanita tersebut. 

Bagaimana pula jika lelaki dipukul oleh kaum wanita? 

Seorang pelakon wanita yang juga penyanyi iaitu Janna Nick telah memuat naik satu video dengan 'kapsyen' "Jantan dayus! Setan!!".

Video dan kapsyen yang dimuat naik itu menampakkan dirinya seperti didera dan kelihatan kesan luka serta lebam  seperti dipukul oleh seorang lelaki.

Zizan Razak ada membalas dalam ruang komen Janna, namun pelakon ini membalas komen Zizan seakan-akan memberi gambaran bahawa Zizan Razak terlibat dalam kes tersebut. 

Video yang berdurasi 1 minit 30 saat itu telah mendapat perhatian peminat beliau termasuk rakan-rakan artisnya dan video sudah ditonton lebih 1 juta orang setakat ini dalam Instagram milik Janna, manakala dalam Facebook telah ditonton lebih 82,000 orang. 





Tidak lama selepas itu, Janna memuat naik satu lagi gambar dengan tajuk "Aku akan ingat sampai mati"

Apa yang lebih menarik melalui posting ini, beliau telah 'tag' Zizan Razak.


Zizan Razak pula sekali lagi memberi komen, namun kali ini ia dilihat 'sweet' serta mengiburkan para peminat mereka. 




Ada juga peminat yang marah kepada Zizan, namun ada juga dari mereka yang melihat ini adalah posting biasa hanya kesan daripada makeup itu sendiri.





Bagi mereka yang berfikir bahawa Zizan dan Janna bergaduh, mintak bawa bertenang. 

Jangan korang pula yang bergaduh sesama sendiri kerana antara mereka tidak ada apa-apa pun permasalahan. 

Buktinya? 

Satu posting Zizan Razak dalam Instagram miliknya apabila ia memuat naik satu video,  Janna dilihat memberi komen dan Zizan membalas kembali komen itu. 

Janna memberi komen dalam Instagram Zizan. - Kredit Zizan Razak 869


Berbalik kepada posting Janna ini, mesej yang ingin disampaikan oleh beliau adalah mereka di luar sana perlu menghentikan kekerasan rumah tangga dan jangan sewenang-wenangnya membuli serta memukul kaum wanita.

Jika kita lihat kembali posting beliau kali kedua itu, beliau meletakkan tanda pagar #stopdomesticviolence #mugshot

Malah ia nampaknya turut dilakukan oleh orang ramai melalui video dan gambar dengan niat yang sama iaitu menghentikan keganasan rumah tangga. 





Satu usaha yang baik oleh Janna Nick dan diharapkan akan lebih ramai terlibat dalam usaha seperti ini. 

Ia nampak ringkas namum kesan kepada mereka yang mengalami sangat bahaya. 

Malah ada laporan yang menyebut bahawa kes keganasan rumah tangga khususnya terhadap wanita ketika ini semakin meningkat- KitaReporters

3
5
15
5
7
You will be interested