Seni & Sukan 12 Jun, 2022

Video| Semoga sembuh kembali! Justin Bieber lumpuh sebelah muka! Diserang virus! Batalkan konsert!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Malang menimpa penyanyi terkenal, Justin Bieber.

Penyanyi berusia 28 tahun  ini mengemparkan peminatnya di seluruh dunia apabila dia membuat pengakuan bahawa dia mengalami lumpuh separuh wajah akibat diserang virus dikenali sebagai sindrom Ramsay Hunt.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi sensasi, Justin Bieber

Justin mengejutkan peminatnya dengan mendedahkan wajah terbaharunya dalam Instagramnya.



Menerusi video yang dimuat naik dalam laman sosial Justin turut berkongsi keadaan matanya tidak dapat berkelip dengan betul dan sukar untuk senyum

Kejadian malang ini berlaku tidak lama selepas isterinya, model Hailey Baldwin hampir terkena strok sekitar Mac 2022 lalu.

Justin memohon maaf kerana terpaksa membatalkan konsertnya yang akan berlangsung dalam masa terdekat.


Justin mendapat sokongan isterinya, Hailey Baldwin untuk merawat sindrom yang dihadapinya.

"Virus yang menyerang saraf pada telinga saya dan saraf muka saya sehingga menyebabkan separuh muka saya menjadi lumpuh.  

"Seperti yang anda lihat, mata ini tidak berkelip. Saya tidak boleh tersenyum dari sisi muka saya ini. Lubang hidung ini tidak akan bergerak, jadi terdapat kelumpuhan penuh pada bahagian muka saya ini.

"Jadi bagi mereka yang kecewa dengan pembatalan persembahan seterusnya, secara fizikal, saya tidak mampu melakukannya," katanya dalam Instagramnya yang mempunyai 240 juta pengikut.

Perkongsian Justin itu juga membuat ramai peminat terutama di Malaysia berasa bimbang sekiranya konsert di Kuala Lumpur pada Oktober 2022 depan akan turut terjejas.


Berdepan dengan masalah kesihatan yang serius, penyanyi lagu ‘Peaches’ ini mahu berehat panjang sehingga keadaan pulih.

"Ini agak serius seperti yang anda lihat. Saya harap ini tidak berlaku tetapi kelihatan badan saya memberitahu yang saya perlu perlahan aktiviti.

"Saya harap anda semua faham, dan saya akan menggunakan masa ini untuk berehat dan kembali kepada 100 peratus supaya boleh melakukan apa yang saya lakukan sejak lahir.

"Kita tidak tahu berapa lama masa yang akan berlaku tetapi ia akan baik-baik saja, saya mempunyai harapan dan saya percaya kepada Tuhan.

"Saya percaya itu semua ada sebabnya. Saya tidak pasti apa yang betul kini tetapi sementara itu saya akan berehat," katanya.

Justin dalam siri jelajah konsert di Amerika Utara terpaksa membatalkan persembahan di Toronto, Washington DC dan New York. - KitaReporters

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
9
12
0
11
0
You will be interested