Gaya Hidup 04 Nov, 2021

Video| Hanya mati dapat memisahkan kita! Selebriti Vanessa Angel, suami maut nahas jalan raya!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Vanessa Angel dan Febri Andriansyah hanya mampu mengecap berumah tangga selama tidak sampai dua tahun. - Kredit foto: CNN Indonesia


"HANYA mati yang dapat memisahkan kita!" Begitulah janji yang dilafaz oleh selebriti Vanessa Angel atau nama penuhnya, Vanessa Adzania, 26, dan Febri Andriansyah selepas melafazkan akad nikah

Hasrat itu dimakbulkan apabila pasangan muda suami isteri itu maut bersama dalam kemalangan di tol lebuh raya Jakarta-Surabaya, di Nganjuk arah Surabaya, Jawa Timur pada tengah hari  Khamis 4 November 2021.

Kematian itu disahkan oleh Pegawai Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Jawa Timur, Gatot Repli Handoko. Industri seni Indonesia terkejut dengan kematian tragis selebriti kontroversi ini.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Vanessa Angle

Saat bahagia Vannesa dan Febri serta kereta yang terbabit dalam kemalangan. - Kredit foto: CNN Indonesia.


"Dua orang meninggal dunia, tiga orang mengalami luka-luka," katanya. 

"Dua orang meninggal dunia atas nama atau nama penuhnya Vanessa Adzania dan Febri Andriansyah," kata Gatot dipetik oleh CNN Indonesia. Vanessa dan Febri bernikah pada Januari 2020.

Jenazah Vanessa dan suami dibawa ke Hospital Bhayangkara, Surabaya.

Turut cedera adalah tiga penumpang lain.

/

Keadaan kereta yang meragut nyawa Vannesa dan suami. - Kredit foto: CNN Indonesia


Cahaya mata lelaki Vanessa bernama Gala Sky Ardiansyah yang berusia setahun hanya cedera dalam kemalangan itu. 

Kereta yang dinaiki Vanessa dan Ardiansyah bersama saudara mara terbabas dan melanggar tembok tol menyebabkan rosak teruk.

Vanessa yang merupakan pelakon, penyanyi dan model ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dijatuhi hukuman penjara lima bulan selepas didapati bersalah terbabit dalam pelacuran.


Vanessa dianggap selebriti kontroversi kerana perjalanan hidupnya. - Kredit foto: IG vanessaangelofficial

Dia ditangkap polis bersama seorang bapa ayam ketika menunggu pelanggan di sebuah hotel di Surabaya, Indonesia pada 5 Januari 2019.

Pada Disember 2019, Vanessa dilaporkan berkahwin secara senyap dengan Febri Ardiansyah tanpa pengetahuan keluarganya. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Gala Sky Ardiansyah yang kini berusia setahun.

Sebelum kejadian maut itu terjadi, pada sebelah paginya, Vanessa sempat mendokumentasikan dirinya bersama anaknya dalam sebuah perjalanan dan dalam posting melalui akaun Instagram @vanessaangelofficial.

Vanessa memuat naik story berupa video suasana perjalanan di sebuah jalan tol dan terlihat baru dimuat naik kira-kia lapan jam sebelum kejadian. Dalam video itu Vanessa memakai ciri (feature) Instagram berupa pertanyaan yang biasa diajukan pemilik akaun dan boleh dijawab pengikutnya.

"Ada yang bisa tebak aku mau ke mana?" tulisnya  dalam IG storynya. - KitaReporters

13
13
1
9
0
You will be interested

Keluarga Malaysia: Sahabat BTHO infak al-Quran! Bantu SRA dibuka semula! Selepas bencana banjir!

Sahabat Kelas al-Quran Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) Cheras infakkan 170 naskhah baharu al-Quran. Bantu SRA Batu 13 Puchong dibuka semula selepas bencana banjir

Rosdi Ismail in Gaya Hidup 2 days ago

Mudahkan urusan! MBSB Bank sumbang mesin kira duit kepada masjid di Perlis! Libatkan 104 masjid!

Sebagai salah satu usaha CSR, MBSB Bank cawangan Kangar tampil sampaikan sumbangan mesin kira duit kepada 104 masjid di Perlis secara berperingkat-peringkat
Nur Sabrina Samsudin in Gaya Hidup 1 day ago

Video| GV8 separuh akhir: Aweera, Nikki terhebat! Perjalanan Shidee, Ani Maiyuni pula terhenti!

Enam penyanyi mara ke final GV8. Mereka ialah Aweera, Nikki Palikat, Aliff Aziz, Azan Scan, Adibah Noor dan Suki Low. Tersingkir ialah Shidee dan Ani Maiyuni
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Dituduh tinggalkan ibu sendirian! Normala Samsudin sedih disindir! Itu semua pilihan ibu!

Normala Samsudin luahkan rasa sedih dan kecewa apabila segelintir netizen kecamnya kerana tinggalkan ibunya bersendirian di kampung kerana itu pilihan emaknya
Zul Akmar Jamaludin in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Inilah dia pemenang trend! Hebat kau dik! Teh ais ikat tepi dah jadi teh ais masuk kolam!

Banyak trend diikuti golongan muda dalam Tiktok termasuk bawa sebuah plastik air besar. Namun pemuda ini tiba-tiba jatuh ke dalam sebuah kolam di belakangnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 1 day ago