Seni & Sukan 25 May, 2020

Artis jaga artis! 15 artis terima sumbangan Aidilfitri YKAT!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
YAYASAN Kebaikan Artis Tanahair (YKAT) memberi sumbangan hari raya berupakan RM1,000 seorang kepada 15 artis pelbagai kaum yang berusia 60 tahun ke atas. Mereka meliputi pelakon, penyanyi dan pemuzik dan sumbangan telah diagihkan melalui akaun-akaun bank penerima. : KitaReporters


Menurut kenyataan media, sejak penubuhan YKAT pada tahun 2012 lagi, setiap perayaan utama yang disambut, yayasan akan diberikan sumbangan kepada artis-artis yang telah mencapai umur 60 tahun melalui majlis sumbangan yang diadakan pada setiap tahun.

Namun, bagi perayaan Aidilfitri tahun ini, majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan tidak dapat dilakukan seperti kebiasaannya akibat pendemik Covid-19.

Sehubungan itu, pihak YKAT sepakat untuk menyalurkan sumbangan kepada 15 orang artis yang layak ini pada 13 Mei 2020 melalui sistem perbankan secara dalam talian.

Ini bermakna, jumlah sumbangan disalurkan secara terus ke dalam akaun bank masing-masing. 

Sumbangan ini adalah daripada dana yang diperolehi daripada kerajaan sejak penubuhannya pada tahun 2012.

Dana tersebut digunakan secara berhemah oleh pihak pengurusan YKAT untuk menjalankan pelbagai aktiviti seni juga membantu dalam kebajikan artis-artis tanah air.

Pengurusan YKAT yang dianggotai 7 orang pemegang Amanah iaitu Datuk DJ Dave (Pengerusi), Dato' M Nasir, Dato' Nash, Datuk Yusof Haslam, Dato' Nancie Foo, Mej Jen Dato' Khairudin,  Kanagarajan dan Colin Edmonds.

Daripada 15 artis itu hanya lapan orang yang menyambut Aidilfitri. 

Bagi kategori pelakon ialah Abdul Rahim Jelani, Rahim Omar dan Alissa (Louisa) Chong Abdullah.




Sementara pemuzik ialah Abdul Wahab Mohamed Rasid Ghows, pemain bass Sons of Adam, Othman Pasha Moysey , Mohd Noor Othman dan Abdul Rahman Sulaiman.

Sementara penyanyi ialah Shahruddin Abdullah (Shah Efendy) yang popular dengan lagu ‘Mulut dan Hati’.

Sementara artis lain yang turut menerima sumbangan ialah Achimoolan (penyanyi/pemuzik), Tam Siang Min (penyanyi), Kwok Kian Fah (pemuzik), Selvaraj Yehambrahmin (pemuzik), Lum Who Fook (pelakon), Balwinder Singh (penyanyi) dan Len Fatt (penyanyi).


Bagi YKAT, sumbangan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah lama berada dalam industri seni tanah air dan diharap sumbangan ini dapat meringankan beban mereka. - KitaReporters


1
0
0
1
0
You will be interested