SETIAP tahun ada sahaja lagu raya baharu yang dicipta dalam memeriahkan sambutan Syawal. Walaupun tahun ini disambut dalam suasana berbeza berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun tidak menghalang, lagu raya dihasilkan bagi menceriakan keadaan seperti tahun-tahun sebelum ini. Terbaharu syarikat rakaman 17Eleven Music tampil dengan ‘buah tangan’ baharu menerusi lagu raya, Lebaran Era Ini. : KitaReporters
LAGU istimewa itu menghimpunkan 15 paduan suara penyanyi hebat tanah air.
Istimewanya kali ini, 17Eleven Music turut berkolaborasi bersama radio nombor satu, Era FM.
Hasil
ciptaan sepenuhnya Kadok, Pown Hasril, Karim Karam dan Otromen itu menghimpun
paduan suara 15 penyanyi hebat tanah air
yang terdiri daripada Siti Nordiana,
Khai Bahar, Farahdhiya, Achey, Amir Masdi, Neon Band dan Dinda Permata.
Tidak
ketinggalan, Ikhwan Fatanna, Syafiq Amdoi, Hakim Khan, Farisha Irish, Kamelia
Syermain, Mimi Manan dan Iza’an (I Can See Your Voice).
SITI NORDIANA antara barisan tanah air yang terlibat dalam penghasilan lagu raya musim PKP tahun ini.
Lebih istimewanya,
kali ini 17Eleven Music turut menampilkan
pembabitan barisan penyampai Era FM iaitu Dina Nadzir, Ray, Radin, Danial,
Munabella dan Zahier.
TIDAK KETINGGALAN, Dina Nadzir yang memiliki suara emas turut terlibat dalam lagi Lebaran Era Ini.
Wah hebat…penyampai
pun dah naik pangkat jadi penyanyi!
Pengurus Rangkaian Kandungan Jenama Radio Melayu Astro, Nazri Noran dalam satu kenyataan memaklumkan, lagu raya dan kolaborasi itu adalah idea daripada syarikat 17Eleven Music.
”Idea datang dari syarikat 17Eleven Music sendiri. Mereka yang mengusulkan pada kami untuk hasilkan lagu raya.
"Tapi, istimewanya kali ini rakaman terpaksa dilakukan di rumah masing-masing berikutan pergerakan terhad dan tidak boleh keluar rumah ketika itu, jadi mereka mencadangkan untuk rakam dari rumah masing-masing.
“Kalau ikutkan, kami memang nak buat lagu baru, tapi dengan keadaan semasa kini memang tak sesuai.
"Apabila 17Eleven hadir dengan cadangan dan kena dengan keadaan sekarang, itu yang kami bersetuju. Malah, liriknya juga kena dengan keadaan semasa,” katanya.
ISTIMEWANYA... rakaman terpaksa dilakukan di rumah masing-masing berikutan pergerakan terhad.
Sementara
itu, komposer Pown Hasril pula
menyifatkan, lagu berentak moderate itu sesuai dengan keadaan semasa hari ini.
Katanya,
lagu tersebut moderate dan tidak terlampau perlahan dan tidak laju.
“Dalam terma muzikal kita panggil Andante Moderato.
"Tempo ini sangat sesuai untuk timbulkan kesayuan dan kegembiraan di hati yang tidak dapat nak beraya macam biasa.
“Pendek kata,
lagu raya ini lain sikit dan khusus untuk raya kali ini yang disambut dalam
tempoh PKPB. Kita nak ada ‘feel’ sayu, tapi dalam masa sama kita nak ada ‘feel’
raya,” terangnya lagi.
Dalam masa
sama, beliau menjelaskan proses penghasilan lagu tersebut mengambil masa lebih
kurang sebulan bermula dari proses menyusun melodi, lirik dan seterusnya
gubahan lagu dan peringkat akhir ke proses rakaman.
Lagu Lebaran Era Ini mula diputar di radio Era dan video muzik dilancarkan secara rasmi pada 18 Mei 2020 dalam saluran YouTube Seventeen Eleven Music. - KitaReporters