TOKOH usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV), 50, suka melakukan sesuatu yang luar biasa yang membuat popularitinya terus kekal .
Baru-baru ini DSV atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman melakukan satu kejutan apabila membuat kunjungan ke rumah pasangan suami isteri Bad Indigo dan Ashira di Puchong, Selangor pada jam 3 pagi.Ketika itu pasangan suami isteri ini sedang tidur.
DSV memang suka memandu selepas tengah malam dan pada hari itu tergerak melihat perkembangan pasangan suami isteri itu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan DSV
DSV ingin bersemuka dengan Ashira Aziz bagi menasihat penyanyi itu agar tidak memperendahkan kedudukannya sebagai penyanyi dengan menjadi pencuci pinggan mangkok di sebuah kedai makan. DSV juga ingin melihat Bad Indigo secara lebih dekat.
Walaupun datang pada jam 3 pagi, namun pasangan itu menyambut dengan baik.
"DSV ni memang suka kacau orang lewat lewat macam ini ya? Pukul 3 pagi," kata Ashira berseloroh.
DSV selama ini tidak mengenali Bad Indigo secara dekat Jadi pada pagi itu dia mengenali Bad sebagai seorang yang kelakar dan dianggapnya boleh menyertai Maharaja Lawak.
DSV lebih mengenali Ashira berbanding Bad Indigo kerana Indigo terkeluar awal dalam Gegar Vaganza (GV) musim ke-7 GV7. Sementara Ashira menduduki tempat ke-7.
Dalam kunjungan itu DSV turut memberi dua sampul masing-masing kepada Ashira dan Bad Indigo berbentuk sejumlah wang.
"Tuan rumah, minta maaf, pukul 3 pagi juga kita sampai rumah, walaupun niatnya baik nak bagi Ashira tak payah cuci pinggan lagi. Tak tah lah tuan rumah nak cakap apa.
"Saya datang melawat Ashira dan Bad ni, pada mulanya saya ingatkan Bad seorang yang serius, tapi sebenarnya boleh masuk Maharaja Lawak lah! Boleh masuk sebab memang lawak sungguh orangnya. "Saya cabar Maharaja Lawak untuk ambil Bad, patut bagi job dekat Bad lah," itulah kata DSV menerusi sebuah video dalam akaun Instagramnya. - KitaReporters