Seni & Sukan 11 Jan, 2022

Video| Suku akhir GV8: Sa.Ya terkeluar! Shidee bakal menyusul? Peserta pilihan pamer kebolehan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Para peserta peringkat suku akhir GV8 memperlihatkan kebolehan masing-masing

Persembahan Suki Low mendapat pujian juri.

PERINGKAT suku akhir iaitu minggu ke-8 Gegar Vazanza 8 (GV8) tidak memperlihatkan banyak kejutan. Penyanyi mana yang akan disingkir mudah dijangka. 

Peserta pilihan pamer kebolehan untuk mendapat kedudukan lebih baik. 

Suki Low kembali menduduki tangga teratas dengan memperlihatkan kemahirannya memain piano sambil menyanyi lagu Korea berjudul ‘You Are My Everything’ yang menurut para juri memberi persembahan sebagai artis profesional.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan suku akhir



Aliff Aziz tetap konsisten dan mampu mengekalkan tempat kedua. 

Penyanyi rock Aweera masih mampu berada di tempat keempat. Sementara Nikki Palikat turun ke tangga keempat kerana biasanya menduduki dua tangga teratas. 

Adibah Noor yang persembahannya ‘turun naik’ memperbaiki kedudukan berbanding pada minggu lalu dan sebelumnya. Adibah diberi cabaran menyampaikan lagu Hindi berjudul ‘Dharam Machale’. 

Juri jemputan Datuk Mokhzani Ismail berpendapat Adibah menyanyikan lagu yang kurang mencabar vokalnya.


Adibah Noor dikatakan tidak mempamerkan keupayaan vokal sebenarnya

Dua peserta Azan Scan dan AnI Maiyuni berjaya membuktikan kemampuan menyampaikan pelbagai jenis lagu bagi membolehkan kedua-duanya mampu bertahan. 

Azan diberi cabaran menyanyikan lagu berbahasa Inggeris berjudul ‘Right Here Waiting' yang dipopular oleh Richard Marx. Sementara Ani Maiyuni menyampaikan lagu ‘Ngajat Tampi’ yang dipopularkan oleh Noraniza Idris.

Ketua juri, Datuk Ramli MS memuji usaha kedua-duanya sanggup menerima cabaran itu.


Sa.Ya mengucap selamat tinggal setelah tersingkir pada peringkat suku akhir


Kumpulan Sa.Ya (Saiful Apek/Yassin Senario) dan Shidee sudah dijangka penonton akan menjadi mangsa penyingkiran. Dan Sa.Ya akhirnya terpaksa mengucap selamat tinggal apabila ketinggalan 0.4 markah berbanding Shidee.

Berdasarkan komen para artis, Shidee bakal menjadi mangsa penyingkiran pada peringkat separuh akhir nanti.

Dalam peringkat separuh akhir, Shidee diberi cabaran menyampaikan lagu ‘Sedetik Lebih’ (Anuar Zain) dan ‘Kerna Dia’ (Yasin Sulaiman). Kedua-dua lagu ini mencabar kebiasaan jenis lagu yang biasa dibawa oleh Shidee.

Berdasarkan GV7, jumlah peserta peringkat akhir adalah seramai 7 orang. 

Jadi penyanyi yang nama asalnya Rashid Abdul Wahab, 62, ini perlu mengatasi markah Azan atau Ani Maiyuni jika mahu merasa ke peringkat akhir. - KitaReporters


/

Shidee terselamat cuma beza 0.4 markah, tetapi selamatkah pada peringkat separuh akhir nanti?

Berikut ialah kedudukan peserta dan markah pada peringkat suku akhir GV8:

01 Suki Low             78.9

02 Aliff Aziz              76.8

03 Aweera                73

04 Nikki PalIkat        72

05 Adibah Noor       68.7

06 Azan Scan            66.2

07 Ani Maiyuni         64.3

08 Shidee                  58.6

09 SA.YA                    58.2

# Yang tersingkir: Sa.Ya


16
10
0
9
0
You will be interested