Seni & Sukan 17 Jan, 2022

Mudahkan urusan! MBSB Bank sumbang mesin kira duit kepada masjid di Perlis! Libatkan 104 masjid!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this


PENGGUNAAN mesin kira duit pada hari ini tidak hanya terhad di bank-bank sahaja tetapi kian digunakan semakin meluas sebagai satu kemudahan yang secara tidak langsung dapat menjimatkan masa.

Sebagai memenuhi salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR), MBSB Bank tampil menyampaikan sumbangan mesin kira duit kepada 104 buah masjid di Perlis secara berperingkat-peringkat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masjid


Pengurus MBSB Bank Cawangan Kangar, Noorhidayah Abdul Aziz berkata pengagihan mesin kira duit secara percuma kepada masjid-masjid ini diharap dapat memudahkan ahli jawatankuasanya mengira jumlah kutipan duit.

Katanya, pihak masjid juga disarankan membuka akaun untuk memudahkan mereka menjalankan urusan termasuk penyimpanan  dan pengeluaran.

“Pihak MBSB Bank juga memperuntukkan RM1,000 sebagai tambahan selain daripada penyerahan mesin itu.

"Sehingga kini tiga buah masjid telah menerimanya iaitu Masjid Al-Muqararabbin, Behor Empiang; Masjid Al-Rahim Titi Tok Bandar dan Masjid Darul Salam Kampung Padang Keria, Sanglang.  

"Kita juga menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan untuk menyelaras akaun-akaun masjid yang terpilih menerima sumbangan ini," ujarnya ketika ditemui KitaReporters.


Noorhidayah Abdul Aziz (kiri) menyampaikan mesin kira duit kepada Pengerusi Masjid Al-Muqarabbin, Behor Empiang, Perlis.


Penyerahan mesin kira duit kepada wakil Masjid Al-Rahim, Titi Tok Bandar.

Beliau yang juga Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) turut memaklumkan pihaknya akan bekerjasama dengan penuntut universiti berkenaan untuk menjalankan beberapa aktiviti.

"Antaranya program dirancang seperti menyantuni golongan asnaf serta mereka yang kurang berkemampuan termasuk membantu ahli jawatankuasa masjid di negeri ini yang ingin membuka akaun dengan MBSB Bank.

"Bagi asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan, pihak MBSB juga akan membantu mengagihkan barang keperluan," ujaranya.

Bagi masjid-masjid yang ingin membuka akaun dan mendapatkan mesin kira duit boleh hubungi talian 012-5649476 - Puan Noorhidayah / 013-4544115 - Puan Nur Hafilah untuk keterangan lanjut. - KitaReporters


Penyerahan bantuan kepada 10 asnaf di Qariah Masjid Al-Rahim Titi Tok Bandar.

Sebahagian asnaf yang terima sumbangan daripada MBSB Bank Kangar.

8
11
0
10
0
You will be interested