Seni & Sukan 16 Mar, 2022

Video| Peminat doakan Shakilla, Fizi dapat rujuk kembali! Amin Ya Rabbi! Demi anak Ameena Sofia!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

APABILA rasmi bercerai pada Disember 2021 setelah berkahwin pada Februari 2018, pelakon Shakilla Khoriri, 32, dan penyiar Fizi Ali, 32, nampaknya mereka masih ada ‘rasa cinta’ dan ingin melupakan peristiwa pahit masa lalu serta tidak menolak kemungkinan untuk rujuk kembali demi kebahagiaan demi anak tercinta Ameena Sofia kini berusia 3 tahun

Kesediaan Shakilla atau nama lengkapnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri  menerima kehadiran Fizi (Mohd Hafizudin Alimudin) bagi meraikan majlis ulang tahun ketiga Ameena Sofia dan kelihatan mesra seperti ketika menjadi suami isteri.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan




Ini menyebabkan netizen yang setelah menyaksikan video dalam Instagram Shakilla pada Isnin, 14 Mac 2022 lalu meminta kedua-duanya kembali rujuk. Begitu juga harapan daripada sejumlah rakan artis. 

Shakilla hanya ‘mengaminkan’  permintaan itu dan sentiasa berdoa Tuhan menentukan kehidupan masa depannya. Dia menganggap Tuhan mempunyai perancangan terbaik sama ada untuk kembali menyatukan dia dan Fizi  atau masing-masing akan mempunyai pasangan hidup baru.

Majlis hari jadi itu sepatutnya dihadiri  rakan-rakan anaknya namun perancangan terpaksa diubah disebabkan faktor kesihatan. 


Sebelum ini, Ameena Sofia disahkan positif Covid-19 pada 8 Mac 2022 lalu dan menjalani tempoh kuarantin di rumah sahaja. 

Sebelum ini Fizi dalam kenyataan dalam sebuah media berharap akan diberi kebenaran bekas isterinya meraikan hari jadi anaknya, Ameena Sofia.

Fizi turut menafikan wanita yang dilihat bersamanya dalam satu video adalah pengganti hidupnya.Fizi yang merupakan salah seorang penyiar Suria FM seperti membayangkan akan kembali hidup bersama dengan Shakilla.

Kini tinggal Shakilla untuk kembali mengikat ikatan yang terungkai.

Shakilla dan Fizi berkahwin pada 18 Februari 2018 setelah bercinta selama empat tahun dan membuahkan permata hati Ameena Sofia  pada 14 Mac 2019. - KitaReporters

8
9
0
3
0
You will be interested