DATUK Seri Vida (DSV) atau Hasmiza Othman, 50, pengusaha kosmetik sensasi yang sudah menjadi penyanyi sanggup menbelanjakan wang kira-kira RM400 ribu dan menghabiskan masa lima hari di sekitar Kuala Lumpur dan Cameron Highlands, kena memakai pakaian ‘luar biasa’ dan digantung di udara semata-mata bagi memberi hasil menakjubkan bagi video muzik (MV) untuk single terbaharunya, “Ku Ikhlaskan’.
MV yang dinanti-nanti tertangguh sehari, akhirnya dilancar pada pagi Ahad, 20 Mac 2021 dan sehingga 5 petang Isnin, 21 Mac 2022. ia menerima lebih 500,000 tontonan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan DSV
MV ini bakal melonjak drastik melihat hasil penerbitannya yang disifat ‘luar biasa’.
Sebelum MV rasmi ‘Ku Ikhlaskan’ dilancar, DSV Entertainment telah memaparkan video proses pembikinan MV itu.
MV ‘Ku Ikhlaskan’ dijangka mengatasi ‘single’ pertamanya ‘I Am Me’ ciptaan Edry KRU yang dihasil kira-kira empat tahun lalu. Lagu ‘I Am Me’ menerima 50,000 tontonan selepas dua hari dilancar dan sehingga pagi Isnin, 21 Mac 2022, ia telah ditonton lebih 260,000 kali.
Dalam era digital, bagi melariskan jualan, sesebuah lagu memerlukan MV yang berkesan dan menjadi tular. Dan MV ‘Ku Ikhlaskan’ kini sudah tular dalam waktu yang singkat.
Dalam MV itu, DSV memperlihatkan kemewahannya seperti pakaian, aksesori dan kereta antik mewah. Pakaiannya yang mengerbang mengatasi gaya pakaian penyanyi Aina Abdul.
Walaupun memenat dan agak menakutkan, namun DSV puas hati dengan hasil penerbitan MV yang idea dan konsepnya oleh DSV sendiri dan diarah oleh Kel Wen.
Selain menghasilkan melodi bersama dengan Amir Ukays, DSV menghasilkan sendiri liriknya.
Lirik itu mengisahkan seorang wanita merelakan perpisahan dengan lelaki yang bakal menjadi suaminya. Benarkah ia merupakan kisah hidup sebenar DSV atau hanya khayalannya?