Seni & Sukan 11 Apr, 2022

Video| Wow, handsomelah Anuar Zain! Kemas, berambut pendek! Sertai misi kemanusiaan Syria Care!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Penyanyi terkenal, Anuar Zain, 52, muncul dengan imej baharu iaitu berambut pendek dan kemas bagi menyertai misi kemanusian Syria Care ke Beirut, Lubnan pada Ahad, 10 April 2022.

Anuar serta rombongan yang diketuai Dr. Azrul Azlan dari Tadabbur Centre bersama-sama para petugas yang lain bagi menjayakan Misi Kemanusiaan Syria Care 13.0 berangkat dari KLIA di Sepang pada 8.35 malam Ahad, 10 April 2022.

Menaiki penerbangan Qatar Airways ke Doha dan ‘transit’ sebentar di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Beirut, Lubnan dan sudah selamat sampai.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usaha kemanusiaan Syria Care



Menerusi hantaran dalam Instagram, Anuar yang berbaju merah diiringi ahli keluarga dan kenalannya kelihatan ceria sebelum memulakan misi kemanusiaan bersama Syria Care itu. 

Anuar kelihatan segak, kemas berambut pendek dan ia mendapat respons positif dan pujian daripada sejumlah peminatnya.

"Alamak. Rambut K-pop. Be safe, next time I'll join you!"

"Wah dah potong rambutlah..."

"Rambut baru... Safe flight."

"Nice haircut. Semoga dipermudahkan di sana." 

Itulah tulis beberapa pengguna dalam laman Instagram yang memuji penampilan terbaharu Anuar Zain.



Dalam misi itu, Syria Care akan ke beberapa lokasi di Lubnan antaranya Tripoli dan Arsal yang mempunyai ramai pelarian Syria yang hidup dalam keadaan daif.

Bantuan kemanusiaan itu menyasarkan kutipan sebanyak RM4.1 juta untuk diagihkan kepada sasaran penerima manfaat seramai 720,000 orang dari 15 April hingga 2 Mei 2022.

Bagaimanapun Syria Care masih mengalu-alukan sumbangan dan tajaan daripada syarikat korporat, agensi dan pertubuhan untuk bekerjasama mengumpul dana.

Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun bank Syria Care iaitu Maybank (562106653575) dan CIMB (8601894560).

Selain Lubnan, misi kemanusiaan itu turut ke Turki dan Syria sendiri.



Anuar secara sukarela ingin menyertai misi kemanusiaan selama 10 hari itu untuk melihat di depan mata penderitaan sebahagian pelarian Syria yang terpaksa menumpang di negara-negara jiran.

Tidak mustahil Anuar akan menyampaikan lagu penderitaan rakyat Syria dalam albumnya yang akan datang. Mungkin selepas ini Anuar akan muncul dengan imej baharu iaitu berambut pendek dan kemas. - KitaReporters



16
12
1
14
0
You will be interested