MENGUNJUNGI ke sesuatu tempat yang asing boleh mengundang peristiwa yang tidak dapat dilupakan sama ada memalu atau melucukan.
Begitulah pengalaman yang dialami lima pelancong dari Singapura yang pergi ke Chiang Mai, utara Thailand dengan menggunakan kereta.
Menurut The Buzz pada Rabu, 30 Mac 2022 lalu, mereka hendak makan tengah hari dan mencari restoran. Setelah berjalan beberapa minit, mereka menemukan bangunan di mana terdapat ramai orang sedang makan di dalamnya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan
Mereka pun mendekati tempat itu dan menyangka ia adalah restoran. Untuk kepastian, mereka bertanya pada orang-orang di sana apakah tempat tersebut restoran.
Namun, kerana tidak faham bahasa Thailand dan tidak ada orang yang ditemui tahu berbahasa Inggeris menyebabkan komunikasi tidak berhasil.
Sebaliknya ada yang mengarahkan mereka menuju ke sebuah meja dan disuruh duduk.
Ketika meminta menu, mereka diberitahu tidak ada menu. Sebaliknya mereka dihidang berbagai makanan.
Ketika itulah mereka baharu menyedari bahawa tempat yang mereka kunjungi adalah sebuah majlis resepsi perkahwinan.
Tentu sahaja mereka hendak segera keluar dari tempat itu kerana merasa tidak selesa dengan tuan rumah.
Namun, tuan rumah justeru meminta mereka tidak pergi dan terus menikmati hidangan yang disediakan.
Mereka disaji mi, minuman, aiskrim dan minuman beralkohol. Untuk minuman beralkohol, mereka terpaksa menolak kerana nanti perlu memandu.
Setelah selesai makan mereka meminta tuan rumah agar mahu dibayar. Tetapi, tuan rumah berkeras enggan dibayar dan ikhlas memberi makanan dan minuman kepada mereka.
Setelah mengucap terima kasih dan memohon maaf, mereka pun meneruskan perjalanan dengan perut kenyang.
Salah seorang tetamu pada majlis resepsi itu memuat naik kejadian itu dalam laman sosial sehingga tular.
Pengalaman tersilap makan pada majis kenduri kahwin di negara kita juga dialami sejumlah orang. Ia menjadi pengalaman lucu bagi mereka yang mengalaminya. - KitaReporters