Seni & Sukan 10 Jun, 2021

Harimau Malaya ke 'Hari Jadi Malaya'! Asyik kalah-kalah! Sambutan tak relevan, kritik netizen!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this

NORSHAHRUL Idlan Talaha (dua dari kiri) dan Brendan Gan (kiri) diraikan dalam hari jadi masing-masing yang ke-35 dan 33 dalam bulan Jun 2021 ini. - Kredit foto: FAM


KERAPNYA sambutan hari jadi buat ketua jurulatih dan empat pemain Harimau Malaya dikirim dalam YouTube FAMTV, menimbulkan reaksi kurang senang malah kutukan pula daripada warganet dalam laman Facebook (FB) rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tan Cheng Hoe diraikan pada 30 Mei 2021 diikuti Brendan Gan (3 Jun 2021), Irfan Zakaria dan Dion Cools (4 Jun 2021) malah siap ada video ‘prank’ (usikan) Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh yang konon-kononnya bergaduh tetapi jadi ‘suprise’ buat jurulatih.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Harimau Malaya


Kelmarin 8 Jun 2021, giliran Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo yang menginjak 35 tahun, diraikan oleh rakan sepasukan di hotel penginapan mereka.

Kebanyakan warganet mempertikaikan kesesuaian masa mereka meraikannya di tengah-tengah skuad negara dirundung kekalahan 4-0 kepada Amiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Zabeel, Dubai pada 3 Jun 2021 lalu.

Terdahulu pada 23 dan 28 Mei 2021 lalu, Harimau Malaya longlai dibaham Kuwait 4-1 dan Bahrain 2-0 di Dubai dan Riffa pada siri perlawanan pemanas badan menjelang baki pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Kumpulan G itu.

Peluang skuad Cheng Hoe tampak kian tipis dengan rakusnya Vietnam membelasah Indonesia 4-0 dan UAE membenam Thailand 3-1 pada 8 Jun 2021 lalu untuk mengukuhkan dua teratas masing-masing dalam carta liga Kumpulan G ini.


MAT Yo (kanan) dan Luqman Hakim Shamsudin (tengah) tetap gigih menjalani latihan pasukan menjelang menentang Vietnam esok, 11 Jun 2021. - Kredit foto: FAM 


Selagi Indonesia masih menghuni tempat corot kumpulan, semakin pasti enam mata Malaysia selepas menewaskan lawan 3-2 dan 2-0 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dan Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 5 September dan 19 November 2019 lalu, bakal dipotong.

Ekoran penarikan diri Korea Utara dalam Kumpulan H, semua keputusan dengan pasukan corot kelapan-lapan kumpulan pusingan kedua kelayakan ini, tidak akan dikira sebagai penentuan layak ke pusingan akhir Piala Asia di China dan perebutan empat setengah tiket benua ini ke Piala Dunia di Qatar.




Warganet pemegang akaun FB Wan Izzat mencoret: “Pergi UAE untuk meraikan hari jadi sahaja.”

Kata Amirul Amirul: “Kalau raikan asyik kalah sahaja buat apa. Lebih baik fokus strategi dalam pasukan. Sudah lepas menang, hendak raikan sampai tertonggeng pun tidak apa.”

Seperti menyindir, Maisarah Ali pula menulis: “Memang pun. Raikan hari jadi Cheng Hoe, Dion, Mat Yo (Norshahrul) dan ramai lagi selepas ini.”


DARI kanan, Dion Cools, Syafiq Ahmad, Mohamadou Sumareh (duduk) dan Guilherme de Paula muram mengenang kekalahan 4-0 kepada UAE, pasukan di ranking ke-73 dunia berbanding Malaysia, 153. - Kredit foto: FAM 


Coret Pakar Godam: “Wow Harimau Malaya sudah jadi Hari Jadi Malaya.”

Midi Midi Moto Midi pula mencatat: “Ingat buat hari perpisahan Mat Yo tadi.  Alang-alat buatlah terus hari perpisahannya. Dia pun sudah tua (35 tahun). Bagi peluang kepada pemain muda-muda pula.”

Kata Glenn SK, “tengok video pun sudah tahu Harimau Malaya akan pulang tanpa mata dan bolos 10 kali. Semua (anggota pasukan) macam seronok bergelak-gelak, tidak serius langsung. Jangan lupa raikan kat KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang) ya.

Muhamad Azamudin berkata, “skuad yang mampu sambut hari jadi sahaja, hendak sambut kemenangan tidak mampu.”

Kata Dzairi Asrul secara sinis: “Rupa-rupanya kekalahan Malaysia kepada UEA satu prank hari jadi buat Mat Yo.”


SEBAHAGIAN kecil Ultras Malaya yang sanggup hadir dan setia menyokong pasukan negara berdepan UAE di Stadium Zabeel, Dubai. - Kredit foto: FAM


IRFAN Zakaria (tiga dari kiri) melakukan kesilapan menentang Bahrain lantas posisi bek tengah disambar oleh Dion Cools apabila berdepan UAE. - Kredit foto: FAM


Terdapat dua lagi pemain kebangsaan yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka pada 28 dan 29 Jun 2021 ini iaitu penyerang, Syafiq Ahmad yang masuk menggantikan Safawi ketika menentang UAE dan penjaga gol Farizal Marlias yang tertewas empat kali.

Skuad negara akan berdepan Vietnam di Stadium Rashid Maktoum Al Maktoum, Dubai pada esok, J7umaat, 11 Jun 2021 sebelum melengkapkan jadual pusingan ini, 15 Jun 2021 dengan Thailand yang diikat barisan muda Indonesia 2-2 pada 3 Jun 2021 lalu.

Vietnam menewaskan Harimau Malaya 1-0 di Stadium My Dinh, Hanoi pada 10 Oktober 2019 lalu manakala Thailand ditewaskan pasukan kita 2-1 di Bukit Jalil pada 14 November 2019 lalu.

Jika gagal meraih dua tempat teratas Kumpulan G dengan syarat minimumnya, muncul antara empat naib juara terbaik di antara lapan kumpulan, Harimau Malaya perlu berentap dalam pusingan ketiga kelayakan lagi untuk slot Piala Asia sahaja yang kali terakhir pernah dikecapinya secara merit pada 1980 di Kuwait. - KitaReporters 


NORSHAHRUL (tiga dari kanan) menunaikan solat berjemaah dengan pemain dan pegawai pasukan yang diimamkan oleh Adam Nor Azlin di tepi padang latihan. - Kredit foto: FAM

2
0
2
0
0
You will be interested