Seni & Sukan 29 Aug, 2021

Demi Malaysia! Kempen Kibar Jalur Gemilang! KRT Bandar Jertih agih 500 bendera kepada komuniti

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


MENJELANG beberapa hari lagi rakyat seluruh negara akan menyambut Hari Kebangsaan Ke-64 pada 31 Ogos 2021 dalam keadaan sederhana mengikut norma baharu akibat pandemik COVID19 tetapi tetap bersemangat menunggu tarikh keramat Hari Kemerdekaan tersebut. 

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) mengambil tanggungjawab proaktif menganjurkan program Kempen Kibar Jalur Gemilang (KKJG) dengan mengarahkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) mengambil bahagian menyertai kempen tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan KRT

Kempen Kibar Jalur Gemilang KRT Bandar Jertih,Terengganu


KRT Bandar Jertih, Terengganu tidak ketinggalan menyahut seruan kerajaan dengan mengaktifkan jentera perpaduan mengajak masyarakat setempat sama-sama menanam semangat patriotik dengan menyertai kempen berkenaan memasang Jalur Gemilang di kediaman dan premis masing-masing. 

Malah, bagi menjayakan program itu KRT terbabit turut menganjurkan program KKJG dengan mengagihkan bendera Malaysia kepada pemandu kenderaan dan pemilik premis yang tinggal di sekitar bandar Jertih.

Setiausahanya, Muhamad Hanif Mustafa berkata, bagi menjayakan kempen itu pihaknya mengagihkan kira-kira 500 helai Jalur Gemilang kepada pemilik premis dan pemandu kenderaan di sekitar bandar itu.


Muhamad Hanif Mustafa


Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut Kapt (PA) Ramlan Ros Wahid memasang Jalur Gemilang pada sebuah kereta antik sempena pelancaran KKJG KRT Bandar Jertih


Kata Muhamad Hanif, program yang dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Besut, Nor Almizan Mahmod yang berlangsung di pekarangan Pusat Aktiviti Rukun Tetangga Bandar Jertih itu dilakukan secara sederhana berikutan situasi semasa dalam keadaan pandemik COVID-19. 

Beliau berkata, ahli Jawatankuasa KRT berkenaan berpecah kepada beberapa kumpulan kecil bergerak dari rumah ke rumah untuk mengagihkan Jalur Gemilang kepada orang ramai sekitar bandar tersebut.

Selain itu, katanya, pihak KRT tersebut juga turut mengagihkan pek Merdeka yang mengandungi barangan keperluan dapur kepada komuniti yang terkesan  berikutan penularan COVID-19 yang masih memghantui penduduk negeri itu. 

“Sudah dua tahun pihak KRT tidak dapat menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti biasa akibat COVID-19 dan penganjuran kempen kibar jalur gemilang diharap dapat mengaktifkan kembali peranan KRT dalam pembangunan komuniti,” katanya.


Jawatankuasa Jiran Wanita KRT Bandar Jertih menyerahkan Jalur Gemilang kepada seorang anggota di Balai Polis Trafik Jertih


Ahli Jawatankuasa Jiran Wanita menyerahkan Jalur Gemilang kepada petugas Klinik Kesihatan Jertih


Sementara itu, Nor Almizan berkata, menerusi program KKJG tersebut, kira-kira 50 KRT yang ada di seluruh daerah itu turut mengambil bahagian dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan pentadbiran masing-masing.

“Pemantauan yang dilakukan oleh pihak jabatan mendapati sambutan dalam kalangan penduduk daerah Besut terhadap kempen tersebut amat menggalakkan dan banyak rumah dihiasi dengan Jalur Gemilang,” katanya. - KitaReporters


Nor Almizan Mahmod

0
1
0
0
0
You will be interested