Gaya Hidup 17 Jun, 2020

Tahniah Zizan Razak! Beli worksyop kenderaan berkuasa tinggi

@mohd amirul fazli zulkafli
Pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Nama Zizan Razak dalam dunia permotoran dan automotif bukanlah sesuatu yang asing lagi. Minat beliau juga terserlah sejak sekian lama. Boleh lihat beliau begitu aktif dalam aktiviti melibatkan motorsikal dan automotif ini. Malah aktiviti beliau mengubah suai motor Yamaha Y15ZR bersama rakan artis beliau hingga geng 'Y15' yang lain pun terikut ubah suai motor mereka membuktikan bahawa minat Zizan begitu mendalam dalam hal ini. : KitaReporters

Kredit gambar FB Zizan Razak


Tak minat tak boleh buat dik, bukan ratus-ratus habis duit, makan ribu malah boleh cecah hingga puluhan dan ratusan ubah suai motor ini. 

Bukan setakat ubah suai, Zizan juga turut menjual helmet motor guys. 

Bukan beshe-beshe Zizan sekarang ini. Bijak cari peluang untuk menjana pendapatan!!!! 

Kredit IG @zizanrazak869



Guys, impian Bidin Al Zaifa yang meminati motor berkuasa tinggi dan ingin mempunyai bengkel sendiri tercapai juga.

Mesti anda tertanya-tanya siapa pula Bidin nie? Mereka yang sudah tonton filem Biker Kental mesti kenal siapa dia!!!!

Bagi melebarkan lagi minat Zizan dalam dunia permotoran dan automotif, Zizan atau nama penuh dia, Mohd Razizan Abdul Razak, akhirnya berjaya membeli bengkel GGS Eurotech Sdn Bhd

Wow, terbaiklah Zizan!!!! 

Bagi anda yang tak tahu, bengkel ini bukan biasa-biasa ya kerana anda boleh melihat kebanyakan kenderaan di situ kesemuanya jenis berkuasa tinggi


Kredit FB Zizan Razak


Kredit IG ggs_eurotech_sdn_bhd. 


Senang kata, geng motor dan kereta mahal la Zizan ini. Haaa gitu!!! 

Patutlah sejak kebelakangan ini Zizan selalu pergi tengok kereta berkuasa tinggi. Rupanya dalam diam tengah merancang sesuatu. 

Tahniah Zizan. Banga dengan anda!!! 


Kredit IG @zizanrazak869


Mungkin selepas ini, Zizan Razak akan muncul salah seorang artis yang berjaya dalam usahawan seperti mana rakan artis yang lain seperti Shuib, Neelofa dan ramai lagi. 

Moga niat murni Zizan dalam dunia permotoran dan otomotif ini akan terus berkembang serta terus maju. 

Sudah pasti kejayaan ini boleh mengubah persepsi masyarakat terhadap artis di Malaysia bahawa mereka juga boleh berjaya dalam bidang yang lain. - KitaReporters

10
61
1
3
8
You will be interested