Seni & Sukan 26 Nov, 2021

Gara-gara sayur! Ernie Zakri dicap artis sombong! Tak tahu beza daun sup dengan daun ketumbar?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


TIDAK dinafikan musim pandemik ini ramai yang mengalami tekanan sehingga ada sahaja isu remeh-temeh diperbesarkan oleh netizen seolah masing-masing seakan tiada kerja serta sengaja sering mencari pasal.

Mangsanya, tentu sahaja golongan artis atau selebriti popular yang menjadi sasaran setiap kali memuat naik status dalam media sosial serta meninggalkan komen. 

Terbaharu, ia terjadi ke atas penyanyi yang kini sarat mengandung enam bulan iaitu Ernie Zakri yang berdepan kutukan seorang individu dalam akaun Twitternya dan dicap sebagai artis sombong hanya kerana dua jenis sayur


 Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ernie Zakri


Kenyataan inilah yang mengundang perdebatan antara netizen.


Segalanya bermula disebabkan dua jenis sayur yang menjadi pendebatan dalam media sosial. Tahulah sekarang sayur naik harga! 

Terdahulu, seorang pengguna Twitter memuat naik gambar dua jenis sayur berlainan namun hampir sama bentuk dan warnanya iaitu daun sup dan daun ketumbar dengan kapsyen "sapa tak dapat bezakan antara dua sayur ni, jangan la berangan nak kahwin."

Ya, bagi yang tidak biasa ke dapur atau pasar, memang sering keliru dengan dua jenis sayur tersebut dan status berkenaan menjadi perbualan serta perdebatan dalam kalangan netizen. 

Tertarik dengan kapsyen berkenaan, Ernie turut mengulang kicau dengan menyatakan pandangannya berhubung perkara itu dengan memaklumkan dirinya juga tidak mengenali kedua-dua jenis sayur berkenaan namun masih boleh memasak. 

"Saya pun tak kenal daun-daun ni dulu, Alhamdulillah saya masih boleh masak. Girls, berangan je ok? Tak salah,” tulisnya.


Menurut Ernie, pada mulanya dia juga tidak mengenali perbezaan kedua-dua jenis sayur ini.


Namun kenyataannya itu mengundang kemarahan seorang individu yang mengecamnya dan meminta Ernie sebagai artis perlu bijak menerima nasihat serta ilmu. 

Jangan sombong!!! Jadi bijak sikit. Teguran sinis tu untuk didik kita supaya tahu. 

"Bukan sentap dan bagi jawapan sombong macam kau je yang betul. Sudah tentu kalau tak tahu beza kena ambil tahu supaya ada ilmu. Biar jadi artis jangan sombong sampai kena kongsi ilmu pun cakap its ok takpe,” tulisnya.


Seorang individu berang dengan kenyataan Ernie dan mengecop penyanyi itu sebagai sombong.


Kecaman itu disambut oleh Ernie dengan menjelaskan individu terbabit salah faham kenyataannya.

"Kan dah tulis ‘dulu’. Maksudnya saya pun belajar juga untuk kenal semua daun hihi. Takdalah sombong, Insya-Allah. Cumanya janganlah lemahkan semangat orang yang nak berkahwin.

"Banyak sangat benda kena teroka dalam perkahwinan ni. Bukan hanya dedaunan keguguran sahaja. Maafkan saya kalau salah,” jawab Ernie.


Nasihat Ernie jangan lemahkan semangat orang yang mahu mendirikan rumah tangga.


Betul apa yang diperkatakan oleh Ernie tu, tidak semestinya kita tak kenal sayur-sayuran kita tidak boleh berkahwin, lagipun  semua itu boleh belajar daripada pengalaman.

Rata-rata netizen bersetuju dengan jawapan diberikan oleh Ernie yang berkahwin dengan penyanyi, Syamel itu mendoakan semoga pemilik nama sebenar, Nur Ernie Shahirah Zakri, 29,  tabah dan kuat menghadapi kritikan. - KitaReporters


Ernie Zakri dan Syamel mulai rapat selepas terbabit program Duo Star terbitan Astro pada tahun 2017 serta mengikat tali pertunangan tanggal 15 Ogos 2021 dan selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri tarikh 26 Mac 2021. - Kredit foto: IG erniezakri

20
16
0
4
0
You will be interested