SEJAK pasangan diraja Putera Harry dan Meghan Markle membuat
keputusan mengejutkan untuk tiada lagi membawa gelaran keluarga diraja Inggeris atas alasan untuk berdikari pada Januari
2020 lalu, kisah mereka terus menjadi perhatian ramai. Kejutan demi
kejutan ditunjukkan pasangan ini yang terus menata kehidupan peribadi mereka
sendiri. : KitaReporters
Meghan Markle dan Putera Harry
Lagi cerita-cerita berkaitan Putera Harry:
https://kitareporters.com/search?search=putera+harry
Terbaharu, Harry dan Meghan disahkan menetap di rumah mewah baharu mereka yang dibeli di tengah Montecito, Santa Barbara, berhampiran pantai di luar Los Angeles, California bernilai AS$14.65 juta (RM61 juta). Wah! Sungguh dasyat nilai harganya.
Rumah tersebut sangat mewah bergaya Eropah yang dikenal sebagai Petra Manor. - Kredit foto: brilio.net
Bagaimanapun AFP melaporkan, jurucakap pasangan tersebut berkata pasangan diraja itu telah mula berpindah dari rumah agam mereka yang sebelum ini terletak di Beverly Hills sejak Julai 2020 lagi.
Ini adalah rumah pertama yang dimiliki oleh kedua-duanya.
Ini adalah masa yang sangat istimewa bagi mereka sebagai pasangan dan mempunyai
keluarga kecil sendiri.
Terdahulu, rumah baharu mereka yang dikenali sebagai Petra Manor itu telah dibina sekitar tahun
2003 dengan reka bentuk utama campuran ala Eropah dan Mediterranean dengan kemasan hiasan berwarna
krim dan putih.
Dekorasi ringkas ruang tamu sesuai untuk pasangan ini yang mempunyai anak masih kecil. - Kredit foto: brilio.net
Secara keseluruhan, hartanah tersebut mempunyai ruang tamu seluas hampir 19,000 kaki persegi dengan jumlah keseluruhan iaitu sembilan bilik tidur dan 16 bilik mandi bersaiz besar.
Rumah tersebut dilengkapi rumah tumpangan, perpustakaan, gimnasium, sauna basah dan kering yang terpisah, lif, arked, bilik permainan, mini cinema dan garaj yang boleh membuatkan lima buah kenderaan.
Kamar tidur mewah lagi tenang. - Kredit foto: brilio.net
Ruang dapur ringkas. - Kredit foto: brilio.net
Mini Cinema untuk kaum keluarga dan rakan-rakan rapat. - Kredit foto: brilio.net
Tambah menarik, kediaman tersebut juga menawarkan ‘rumah teh’, pondok kanak-kanak dan kawasan yang sangat indah kerana turut menempatkan kebun Zaitun yang berusia lebih kurang 100 tahun, kebun mawar dan pokok cemara Itali.
Selain itu, terdapat juga gelanggang
tenis bersaiz penuh, kolam renang dan tempat permainan kanak-kanak lengkap
serta beberapa kemudahan luaran yang lain.
Terdapat ramai selebriti
Hollywood yang turut menetap di kawasan kejiranan itu tersebut termasuk, Gwyneth
Paltrow, Ellen DeGeneres, Ariana Grande, Oprah Winfrey dan ramai lagi.
Namun begitu, kawasan tersebut
dikatakan sebagai kawasan paling mewah di California Selatan oleh beberapa
artis dan turut di sahkan sebagai kawasan yang bebas paparazzi.
Tenang... damai... sesuai bagi mereka yang sukar menjalani kehidupan luar seperti keluarga yang lain. - Kredit foto: brilio.net
Manakala, berdasarkan majalah People dan Page Six, pasangan berkenaan berharap dapat membesarkan anak lelaki mereka, Archie yang berusia 14 bulan, dalam keadaan normal.
Susulan daripada pembelian rumah mewah di atas tanah seluas 2.02
hektar, seperti pasangan lain, adik Putera William ini dan Meghan bagaimanapun turut membuat
penawaran kerana harta itu sebenarnya bernilai $27 juta dan perlu meletakkan
deposit sebanyak $5 juta. Mereka juga perlu membayar cukai tanah sebanyak
$288,000 setahun.
Sementara itu, berdasarkan laporan The Sun US, sumber
terdekat pasangan itu mengatakan bahawa mereka memanggil rumah mewah itu
sebagai tempat perlindungan mereka.
Harry dan Meghan bersama buah hati mereka, Archie.
"Harry dan Meghan menyatakan mereka berharap ketika pendemik Koronavirus-2019 (Covid-19) ini menyerang, kehidupan mereka masih lagi mudah. Mereka menyedari bahawa mereka memerlukan rumah besar dengan banyak ruang untuk Archie kerana sukar berada di tempat awam untuk bersiar-siar disebabkan status dan populariti mereka.
"Mereka sangat bimbang tentang Archie kerana dia begitu banyak berada dalam rumah dan tidak berinteraksi dengan anak-anak lain. Meghan mahukan tempat dengan taman yang menakjubkan dan mempunyai kolam besar untuk dinimati dan menyatakan rumah baru ini adalah yang terbaik,” ujarnya. - KitaReporters
Rumah mewah ini pernah disewa Kylie Jenner ketika berusia 22 tahun selama dua minggu untuk berlibur dan memanjakan dirinya. - Kredit foto: brilio.net