Seni & Sukan 12 Aug, 2020

Lutfi bidik Olahragawan! Hanis flik Olahragawati UPM 2019!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this

SEORANG menyambung semula ‘bidikan tepat’ Johnathan Wong Guangjie dua tahun berturut-turut dan seorang lagi mengembalikan pemain hoki ke podium terbaik selepas 14 tahun lamanya. Menariknya mereka berkongsi persamaan kerana memenanginya dengan menewaskan calon lain yang juga bekas pemenang edisi terdahulu. : KitaReporters

MOHAMAD Lutfi Othman (kiri) dan Hanis Nadiah Onn bergelar Olahragawan dan Olahragawati UPM Ke-36/2019. - Kredit foto UPM. 


Gerangannya ialah penembak negara, Mohamad Lutfi Othman dan pemain Malaysian Tigress, Hanis Nadiah Onn apabila masing-masing dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Universiti Putra Malaysia (UPM) 2019.   

Dua pingat emas individu dan berpasukan 50 meter prone Kejohanan Menembak Asia Tenggara dan tempat ketiga Siri Akhir Hoki Wanita FIH membolehkan mereka memenangi anugerah itu bagi edisi ke-36 di UPM, Serdang, Selangor pada Rabu, 12 Ogos 2020.

LUTFI, pemenang dua pingat emas acara 50 meter prone Kejohanan Menembak Asia Tenggara. - Kredit foto UPM.


Kedua-dua penuntut Sarjana Muda Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi ini turut membolot hadiah wang tunai RM3,000, piala pusingan dan iringan, jaket, jam tangan, sijil dan baucar barangan sukan pada Majlis Anugerah Sukan UPM di Serdang, Selangor. 

Lutfi mengatasi dua pencabar yang juga Olahragawan UPM 2018, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan dan Muhammad Najmi Farizal Jazlan yang dicalonkan menerusi pencapaian naib juara Pusingan Akhir Siri Hoki FIH di Kuala Lumpur dan Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh. 

Hanis pula mengetepikan rakan Malaysian Tigressnya, Ellya Syahirah Ellias selain Olahragawati UPM 2017, Norliana Kamaruddin (olahraga), serta pemenang lompat tinggi Sukan SEA Filipina, Yeap Sean Yee dan perenang negeri, Angela Chieng Chui Fei.

HANIS dikerumuni petugas media ketika mengulas kejayaannya di UPM, Serdang, Selangor. - Kredit foto UPM  


ANUGERAH Bintang Harapan Sukan Lelaki UPM 2019 pula menjadi milik Rozaimi Razali dari sukan taekwondo. Turut hadir, Pengarah Pusat Sukan UPM, Dr. Hanafiah Ayub (kanan). - Kredit foto UPM.


Anugerah Bintang Harapan Sukan Lelaki UPM 2019 pula menjadi milik Rozaimi Razali dari sukan tae kwan do. Anugerah-anugerah lain yang disampaikan termasuk Pengurus Terbaik buat Ruziana Mahmud, manakala Khairizal Ali Amat diumum Jurulatih Terbaik. 

Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik pula dimenangi bola tampar dan ragbi, manakala hoki dan ragbi meraih gelaran Pasukan Wanita Terbaik. 

Majlis Anugerah Sukan UPM edisi ke-36 ini turut menyampaikan penghargaan khas kepada atlet-atlet negara bekas mahasiswanya seperti Jackie Wong Siew Cher, Nur Fazira Jalaludin (olahraga), Leong Mun Yee, Cheong Jun Hoong (akuatik terjun), Rachel Yeoh (gimnastik) dan Lee Zhee Huey (renang berirama). - KitaReporters


OLAHRAGAWAN UPM:

1996: Sheikh Nazarudin Sheikh Talib (ragbi)

1997: Roestam Affendi Sijar (ragbi) 

1999: Teoh Bong Lim (olahraga)

2000: Tan Kok Lim (olahraga)

2001: Teh Weng Chang (olahraga)

2002: Suresh Moorty (olahraga)

2003: Mohd. Azman Nasarudin (sepak takraw)

2004: Mohd. Robani Hassan (olahraga)

2005: Nazmizan Mohammad (olahraga)

2006: Mohd. Azlan Abdul Mubin (sepak takraw)

2007: Mohd. Shukri Abdul Mutalib (hoki)

2008: Mohd. Robani Hassan (olahraga)

2009: Mohd. Zafril Mohd. Zuslaini (olahraga)

2010: Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil (hoki)

2011: Mohamad Kaharuddin Ashah (memanah)

2012: Mohd. Razie Abd. Rahim (hoki)

2013: -Tidak dianjurkan-

2014: Ivan Yuen Chee Wern (skuasy)

2015: Muhammad Hakimi Ismail (olahraga)

2016: Johnathan Wong Guangjie (menembak)

2017: Johnathan Wong Guanjie (menembak)

2018: Syed Mohd Syafiq Syed Cholan (hoki)

2019: Muhamad Lutfi Othman (menembak)


OLAHRAGAWATI UPM:

1996: Lim Poh Hong (bola tampar) 

1997: Woon Siew Gian (olahraga) 

1999: Bibiana Ng Pei Chin (menembak) 

2000: Noraseela Mohd. Khalid (olahraga) 

2001: Moh Siew Wei (olahraga) 

2002: Beh Lee Fong (pingpong) 

2003: Noraseela Mohd Khalid (olahraga) 

2004: Chitra Devi Arumugam (hoki) 

2005: Noorsaliza Ahmad Soobni (hoki)

2006: Beh Shun Ting (bola tampar) 

2007: Beh Shun Ting (bola tampar) 

2008: Roslinda Samsu (olahraga) 

2009: Roslinda Samsu (olahraga) 

2010: Nor Jannah Hafiszah Jamaluddin (olahraga) 

2011: Siti Munirah Jusoh (skuasy) 

2012: Chu Lai Kwan (renang) 

2013: -Tidak dianjurkan- 

2014: Zulhijjah Azan (skuasy) 

2015: Saritha Cham Nong (memanah) 

2016: Saritha Cham Nong (memanah) 

2017: Norliyana Kamaruddin (olahraga) 

2018: Zaidatul Husniah Zulkifli (olahraga)

2019: Hanis Nadia Onn (hoki)

0
0
0
0
0
You will be interested