Seni & Sukan 24 Feb, 2021

Si ibu kesal! Nak sangat si anak pakai subang! Si kecil tanggung kesakitan sebab skru subang!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

MEMBENGKAK selepas skru penyambung yang dipasang terlalu ketat. - Kredit foto-foto: Facebook Eyra Shira.


WANITA sememangnya gemar barang kemas dan hubungan dua entiti itu ibarat rakan karib! Lagi-lagi harga emas kini menjunam, jadi inilah peluang terbaik digunakan oleh kaum Hawa untuk memiliki perhiasan berkenaan.

Kisah sama turut berlaku kepada ibu muda yang teruja untuk si kecilnya bertindik, namun keterujaan itu bertukar menjadi detik tragis!

Lebih menyedihkan si kecil yang berusia dua tahun tiga bulan itu terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat gara-gara skru penyambung subang berkenaan tersekat pada cuping telinga.

Aduh sakitnya!


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan barang kemas:

https://kitareporters.com/search?search=barang+kemas



Perkongsian syahdu itu didedahkan oleh Eyra Shira dalam akaun Facebooknya baru-baru ini selepas anaknya, Naura terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara subang yang dipakainya telah 'tertanam' dalam cuping telinga sehingga menyebabkan kesakitan.

Kongsi Eyra, sebagai ibu semestinya mahu anak daranya bergaya dengan emas, namun kejadian yang dilalui memberi pengajaran berguna kepadanya.

“Beli yang jenis biasa hilang sebelah, beli jenis bulat pon hilang sebelah, ni subang kali ke empat… kali ke empat beli jenis skru…memang x hilang tapi boleh masok dalam cuping telinga,” kongsinya menerusi Faceboknya baru-baru ini.


KEINGINAN untuk anak dara bergaya bertukar menjadi detik tragis.


Menurut Eyra, anak kesayangan itu terpaksa menahan sakit selama beberapa jam sebelum bergegas ke hospital kerajaan dan doktor selepas beberapa klinik yang dikunjungi menolak untuk memberikan rawatan bagi menanggalkan penyambung subang berkenaan.

Lebih menyedihkan, anaknya terpaksa diikat kerana terlalu agresif ketika melakukan prosedur rawatan berkenaan di sebuah hospital. 

Malah doktor terpaksa membuat pembedahan kecil pada cuping telinga si kecil berkenaan bagi mengeluarkan skru penyambung subang tersebut.


Pembedahan kecil terpaksa dilakukan pada cuping telinga si kecil bagi mengeluarkan skru penyambung subang.


“Semua klinik x nak buat sebab naura masih kecik… last2 hantar hospital… kene belah sikit cuping telinga... naura kene ikat sb naura meronta… menangis sampai hilang suara... doktor suruh ibu pegang kaki naura pon ibu jadi lemah bila dgr adik menangis.

“Maafkan ibu dik… lepas ni xya pakai langsung.. ibu jadi seram,” kongsinya yang kesal dan trauma dengan kejadian berlaku kepada anak bongsu kesayangan itu.

Kongsi Eyra terdahulu dia mengunjungi beberapa klinik menolak prosedur berkenaan dan memberi alasan anak berkenaan terlalu kecil menyebabkan sukar untuk melakukan rawatan tersebut.


NAURA terpaksa menahan sakit selepas doktor terpaksa menjalani prosedur bagi mengeluarkan skru penyambung subang berkenaan.


Terdahulu Eyra menjelaskan kejadian itu disedari selepas melihat cuping telinga anaknya membengkak. “Mungkin silap saya yang terlalu ketat ketika pasang skru penyambung itu sehingga telinga membengkak,” luahnya lagi.

Sejak itu ibu muda berkenaan kesal  dengan apa yang berlaku kepada si kecil kesayangannya. 

Insiden yang berlaku meninggalkan kesan trauma kepada Eyra untuk lebih berhati-hati demi keselamatan anaknya.

Semoga kejadian itu memberi pengajaran kepada ibu-ibu muda hari ini yang terlalu taksub untuk bergaya dengan emas.

Jangan kerana taksub si ibu, anak pula yang menanggung kesakitan! Hati-hati semua. - KitaReporters


1
0
6
0
2
You will be interested