Seni & Sukan 17 Nov, 2020

Video| Noraniza Idris gegar! Pamer bakat menonjol dalam GV7!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

KETIKA penyanyi veteran Noraniza Idris, 52, terpilih menjadi salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza (GV) 7 (GV 7) pada tahun 2020 ini ramai yang beranggapan dia bakal menjadi antara peserta terawal yang akan tersingkir. Namun penyanyi yang diberi gelaran Ratu Pop Kreatif ini telah membuktikan kemampuannya dan tidak terikat dalam genre ‘pop kreatif’ sahaja. : KitaReporters


Noraniza Idris (kanan) dan Amelina memberi persembaan bertenaga dalam Gegar Vaganza 7 minggu keenam pada 15 November 2020. - Kredit foto: IG noraniza idris


Lagi kisah-kisah berkaitan Gegar Vaganza:

https://kitareporters.com/search?search=gegar+vaganza


Noraniza tahu bahawa menyertai GV memerlukan peserta mempelbagaikan genre lagu dan gaya persembahan. Lalu dia menyertai GV7 pada saat akhir sebelum penyertaan ditutup dan berjaya dalam ujian pemilihan.

Ratu Pop Etnik ini semakin memperlihatkan kemampuan menyanyi pelbagai rentak lagu dengan baik untuk terus melangkah maju dalam pertandingan menyanyi 'orang-orang lama' ini.




Melihat kemampuannya dalam menyampaikan lagu bercorak rock dan pop moden dengan baik dalam beberapa minggu,  kemuncak Noraniza terlihat pada persembahan pada minggu keenam pada malam Ahad, 15 November 2020.

Dalam persembahan itu, Noraniza  yang berduet dengan Ratu Dangdut, Amelina menyampaikan lagu ‘Bolehlah Boleh’.

Selain mampu mendendangkan lagu itu dengan baik, dia turut menari India (bangra dut) penuh bertenaga.


Noraniza terus meningkat persembahannya setiap minggu

Kemampuan Noraniza Idris menyanyi sambil menari lagu ‘Bolehlah Boleh’ mendapat pujian daripada juri Datuk Ramli M.S dan Datuk Khadijah Ibrahim serta juri jemputan, Aishah dan Datuk Awie.

Persembahan hebat Noraniza Idris membolehkan dia menduduki tempat pertama pada minggu keenam yang bertema berduet, sekali gus membolehkan Noraniza diumum sebagai Bintang Paling Power Meow dan menerima wang tunai RM1,500.

Jika pada minggu seterusnya dia mampu membawa lagu ‘Canggung’ yang dipopular oleh Wany Hasnita dengan baik, dia bakal melangkah ke peringkat separuh akhir GV7.

Namun berdasarkan prestasi persembahan Noraniza yang terus meningkat selama ini, dia menjadi calon favourite untuk menjadi salah seorang daripada peserta peringkat akhir GV7. Kita lihatlah nanti sejauh mana Noraniza mampu maju ke peringkat final.  

Malah bukan mustahil bintang veteran ini mampu menduduki tiga tempat teratas pertandingan akhir GV7. - KitaReporters



0
0
0
0
0
You will be interested