Gaya Hidup 26 May, 2021

Video| Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa pasti havoc! Imbau memori Aidilfitri di kampung!

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa dapat ditonton menerusi Astro First pada 27 Mei 2021.


BAGI pengikut setia Mamat Khalid yang sinonim dengan cerita jenama Kampong Pisang, pasti terhibur kerana kali ini pengarah itu menghasilkan filem muzikal pula.

Penghasilan filem muzikal kerana kejayaannya sebelum ini menerusi Kampong Pisang Bersiri-Siri yang disiarkan pada Disember 2020 dan diikuti pula dengan 18 Puasa Di Kampong Pisang yang ditayangkan pada Ramadan 2021 lepas.

Apa yang pasti, penonton tidak jemu menonton karya arahan Mamat kerana ia berkualiti, elemen komedi, konten segar yang berbeza darpada kebiasaan dan kekuatan setiap watak sehingga menjadi bualan ramai.

Justeru itulah, Astro dan pengarah tersohor berkenaan, tidak teragak-agak untuk menghasilkan filem baharu daripada francais Kampong Pisang. Penerbitan filem berkenaan, diharap dapat menghiburkan penonton melalui jenaka dan jalan cerita yang santai.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Mamat Khalid


Semua pelakon dalam filem ini menunjukkan kebolehan sebagai penyanyi.  


Ramadan 1442 lalu, penonton menyaksikan telatah dan pengajaran daripada penduduk Kampong Pisang yang tidak berpuasa, istimewa Syawal ini penonton dihidangkan dengan gelagat mencuit hati mereka dalam persiapan Hari Raya Aidilfitri menerusi filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa.

Filem yang menampilkan 10 buah lagu malar segar yang didendangkan oleh barisan pelakon Kampong Pisang, boleh ditonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 27 Mei 2021.

Kesemua lagu yang terdapat dalam filem ini adalah lagu popular hari raya dan juga lagu hit sekitar 1990-an yang mampu membuat penonton sama-sama menyanyi semasa menontonnya. Malah, setiap nyanyian turut diiringi dengan tarian oleh setiap watak yang tidak pernah penonton lihat sebelum ini.


Watak Husin kembali ke Kampong Pisang bersama kekasih baharu.


Antara lagu yang pasti mengimbau kenangan penonton adalah Cahaya Di Aidifitri (Kazar Saisi, Dewa Sapri, Mok Ram & Nazeera Sardi), Pulang (Joey Daud), Suasana Hari Raya (Yah Kuchei & Aziz M Osman), Doa Di Hari Mulia (Yah Kuchei), Selamat Hari Raya (semua barisan pelakon), Halaman Asmara (Kaka Azraff & Datuk Awie), Di Persimpangan Dilema (Nazeera Sardi), Kekasih Awal Dan Akhir (Awie) Belaian Jiwa (Bell Ngasri), dan Pantun Budi (Mat London, Awie, Mok Ram, Ahmad Yassin).

Masih mengekalkan barisan pelakon utama Kampong Pisang seperti Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja dan Yoep Hitler.

Cuma kali ini Awie kembali sebagai teraju utama serta watak-watak baharu yang digerakkan oleh penyanyi dan pelakon Kaka Azraff, Imuda serta penampilan istimewa oleh Siti Elizad Sharifuddin dan Raja Azmi.



Bagi edisi Aidilfitri, ia menyaksikan setiap watak mempunyai konflik dan dilema masing-masing dalam menyambut Hari Lebaran. Ia bermula apabila seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak, sehari sebelum raya.

Husin kembali ke kampung bersama kekasih baharu, Nelly sehingga Cik Chun cemburu dan merajuk kerana cintanya ditolak. Manakala Barkoba dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasih yang pernah tinggalkannya dahulu kerana berkahwin dengan lelaki berpangkat pengurus kilang.

Pak Din pula sedih kerana anaknya tiba-tiba tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersamanya. Cik Purnama membawa beg pakaian dan tilam ke mana-mana kerana kesunyian.

Pak Karim dan Kak Som hiba kerana ini kali pertama beraya tanpa anak mereka yang telah tiada. Serta Daud M yang perlu bekerja pada malam raya bagi penghantaran barang-barang buat penduduk Kampong Pisang yang membeli barang dalam talian. 


Watak Barkoba lakonan Bell Ngasri, kali ini kecewa kerana kekasih lama kembali ke kampung.


Daya tarikan lain filem ini adalah babak-babak yang dipersembahkan mengimbau memori sambutan Aidilfitri di kampung dan serta tonjolkan perubahan sambutan dan tradisi hari raya pada zaman dahulu dan masa kini.

Antaranya nostalgia rumah yang dihias dengan pelita panjut dan kad hari raya, bersama jiran tetangga menyediakan juadah Aidilfitri, kanak-kanak bermain pada malam raya dan banyak lagi.

Menurut pengarah Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa, sempena Aidilfitri, beliau yakin ramai yang ingin bergembira meskipun ketika ini beraya dalam keadaan norma baharu. 


Kebanyakan filem arahan Mamat Khalid sering mendapat sambutan hangat.


“Menerusi filem ini, saya himpunkan lagu-lagu yang dekat dengan penonton ke dalam sebuah filem agar sedikit sebanyak dapat menceriakan hari mereka dengan berhibur serta mengembalikan nostalgia dan memori pada Hari Lebaran.

“Istimewanya filem ini, ia turut menyelit cerita cinta dan semangat bermasyarakat pada hari raya yang sudah berbeza jika dibandingkan zaman dulu hingga zaman moden masa kini.

“Saya harap kehadiran filem ini mampu tunjukkan kepada generasi masa kini tentang suasana dan berkasih sayang di hari raya,” kata Mamat penuh harapan.


Jalan cerita Kampong Pisang Musikal Istimewa dekat dengan hati penonton.


Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, jenama Kampong Pisang semakin kukuh dan sinonim dengan penonton serta peminat karya tempatan di Malaysia.

Ia terbukti apabila francais tersebut hangat diperkatakan oleh masyarakat serta penggiat seni tanah air sejak ia diperkenalkan menerusi filem, kemudian dibawa melalui drama premium Kampong Pisang Bersiri-Siri dan bersambung dengan filem di platform Astro First seperti 18 Puasa Di Kampong Pisang.

“Kami yakin karya pengarah Mamat Khalid sentiasa dinantikan dan apa yang kami boleh kongsikan, sudah pasti akan ada lebih banyak kerjasama di antara pihak kami dan beliau dalam menghasilkan karya yang mampu menghiburkan penonton Malaysia sepanjang berada di rumah lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini.

“Jadi, kali ini kami bawakan sebuah filem bertemakan hari raya dan lebih uniknya ia adalah filem pertama daripada francais Kampong Pisang yang berkonsepkan muzikal. Bagi kami sutradara Mamat sentiasa mempunyai idea kreatif dalam menghasilkan karya,” katanya.

Malah Raja Jastina juga berkata, pihak Astro sentiasa terbuka dalam memberi sokongan penuh kepada pengkarya di Malaysia dengan menyediakan platform untuk kembangkan kreativiti mereka agar dapat disampaikan kepada penonton serta memeriahkan lagi industri filem tanah air. - KitaReporters


2
1
0
0
0
You will be interested

Video| Stacy dedahkan kisah sebenar dirinya demi Duit! Segala-galanya duit! Stacy mata duitan?

Single terbaharu, Duit adalah buah tangan terbaharu Stacy Anam. Bongkar siapa sebenarnya dirinya dan sekali gus ingin buktikan kemampuan yang ada pada dirinya

Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Betul ke Pak Nil nak kahwin? Hanya mahu fokus kerjaya, anak-anak! Soal kahwin bukan keutamaan!

Tak mahu jadikan soal jodoh sebagai keutamaan. Lebih utama adalah teruskan kehidupan dengan letakkan kerja seni dan tanggungjawab kepada masyarakat - Pak Nil
Fariza Saidin in Gaya Hidup 5 hours ago

Hukuman berzina! Wanita ngaku bersalah disebat 100X! Lelaki pula tak ngaku bersalah! Disebat 15X!

Wanita sudah bersuami disebat 100 kali selepas mengaku bersalah berzina dengan lelaki lain. Pasangannya hanya dikenakan 15 sebatan setelah tidak mengaku salah
Adnan Mohamad in Gaya Hidup 6 hours ago

Macam mana tu? 10 individu bilionair berjaya gandakan kekayaan! Pada saat dunia dilanda COVID-19!

10 orang bilionair dunia mampu gandakan kekayaan pada saat orang lain berjuang teruskan kehidupan ke arah lebih sempurna ketika dunia bergolak kerana COVID-19
Zuhayati Yazid in Gaya Hidup 11 hours ago

Video| Sedihnya lihat gadis ini bertemu ayahnya! 2 tahun tak pulang! Kerana kerja di Singapura!

Bagi cari rezeki ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak. Ada banyak ibu bapa terpaksa berkorban untuk tidak pulang kerana cari rezeki di Singapura
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 23 hours ago