Seni & Sukan 26 Sep, 2021

Terengganu: Akad nikah di rumah, masjid dibenarkan! Juga aktiviti keagamaan di masjid, surau!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

GAMBAR hiasan... Upacara akad nikah dibenarkan semula di premis persendirian, surau dan masjid mulai 25 September 2021.


TERENGGANU melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kini membenarkan semula pasangan pengantin untuk melakukan majlis akad nikah mereka di masjid, surau ataupun premis persendirian bermula pada 25 September 2021.

Kelulusan tersebut diberikan berikutan peralihan ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Terengganu yang berkuat kuasa pada 17 September 2021 lalu.

Serentak dengan itu, masjid dan surau di seluruh negeri itu juga dibenarkan menganjurkan semula aktiviti pengajian dan keagamaan.


Lagi cerita-cerita menarik Maidam

DATUK Osman Muda


Yang Dipetua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda menerusi kenyataannya berkata keputusan itu telah diperkenankan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin

Menurutnya, baginda bersetuju dengan kebenaran tersebut, namun setiap ahli kariah masjid dan surau perlulah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan.

``Maidam turut bersetuju untuk memperluaskan kegiatan keagamaan di masjid serta surau di seluruh negeri sejajar dengan peralihan ke Fasa 3 PPN di negeri ini setelah setiap program yang dianjurkan mendapat sokongan dari Jabatan Kesihatan.

"Majlis akad nikah juga dibenarkan dilakukan di lokasi-lokasi tersebut dengan syarat mereka hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh JHEAT,’’ katanya dalam satu kenyataa pada Sabtu, 25 September 2021.

Osman berkata, majlis akad nikah yang diadakan di Pejabat Agama Daerah dibenarkan bagi kes-kes tertentu sahaja dengan mendapat kelulusan dari Persuruhjaya JHEAT.



Beliau berkata, aktiviti menziarahi kubur dibenarkan dan mereka perlulah mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

``Jika terdapat masjid, surau ataupun institusi keagamaan lain yang diarah tutup oleh kerajaan mengikut Seksyen 18 (1) (d) dan  Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 adalah tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti dalam masa tempoh penutupannya,’’ katanya. - KitaReporters


AKTIVITI pengajian serta keagamaan juga dibenarkan semula dilakukan di masjid dan surau.

14
8
0
12
0
You will be interested