Seni & Sukan 22 Sep, 2021

Video| Dolla pula tampil pada papan iklan di New York Times Square! Lepas ni tunjuk 'Berani'!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


Kumpulan yang mendapat jolokan ‘Black Pink Malaysia’, Dolla baharu sahaja ditubuhkan pada tahun 2019 namun ternyata isu pandemik COVID-19 tidak menghalang mereka untuk terus mencipta populariti bahkan ada pula hikmah di sebalikya,

Kumpulan dianggotai empat anak gadis berbakat iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel kini mencipta sejarah sebagai satu-satunya kumpulan penyanyi wanita tempatan yang ditampilkan pada papan iklan (billboard) digital di New York Times Square selepas Yuna dan bintang baharu, Layla Sania.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Dolla


Penampilan Dolla yang mewakili negara Malaysia pada papan iklan terkenal itu adalah sebahagian daripada kempen Equal oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify

Equal adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin menjalin kesamaan wanita lewat audio dan memperjuangkan kesamaan dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.

Terdapat 35 senarai lagu atau playlist Equal yang meliputi artis dari 50 negara, di mana Dolla sebagai wajah hadapan merupakan wakil bagi senarai lagu Equal Malaysia dan Singapura. 

Terdapat juga senarai lagu terbaik global Equal atau the "best" Equal Global Playlist yang menyenaraikan artis-artis Equal dari serata dunia.



“Kami tak mampu nak luahkan perasaan kami sekarang. Ia satu penghormatan yang besar buat sebuah kumpulan nyanyian seperti kami yang baru hendak bertatih dan kami harap kami akan dapat terus memenuhi harapan para peminat ,” ujar Sabronzo selaku wakil kumpulan terhadap pencapaian bermakna mereka itu.

Dolla menggegar industri muzik tempatan dengan penampilan mereka yang agak berani serta gaya persembahan yang mengagumkan.

Bersenjatakan gerak tari yang lincah dan gaya penampilan fesyen yang sensasi, kumpulan ini terus meraih pengikut dengan jenama muzik kontemporari yang mereka persembahkan.

Selepas menerajui carta muzik tempatan dengan single pengenalan mereka ‘Dolla Makes You Wanna’, kumpulan ini terus mencuri perhatian penggemar muzik tanah air.




Mereka kemudian melancarkan lagu, ‘Impikan’, berserta versi Bahasa Inggerisnya, ‘Watch Me Glow’, pada Oktober 2020. 

‘Impikan’ berjaya mendapat satu juta tontonan di YouTube kurang daripada dua minggu dan meraih perhatian media tempatan serta antarabangsa di samping rantau Asia Tenggara dan Korea.

Mereka juga mengambil bahagian dalam sebuah lagu kerjasama anjuran ABS-CBN Filipina berjudul Heal, sebuah kolaborasi bersama 13 artis-artis Wanita di Asia Tenggara. 

Pada tahun 2021, Dolla juga sempat mengeluarkan ‘Raya Raya Raya’, sebuah lagu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang mendapat sambutan hingga meraih empat juta tontonan di You Tube.

Dan khabarnya, Dolla bakal melancarkan single terbaharu mereka berjudul ‘Berani’ pada 23 September 2021 ini. 

Memang sesuailah judul itu kerana empat gadis kumpulan ini memang berani menerokai industri hiburan dengan gaya tersendiri. - KitaReporters


11
13
0
9
1
You will be interested