Seni & Sukan 25 Oct, 2020

Aroma Ismail Izzani! Mampukah percintaan Shalma bertahan?

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Jika disebut Shalma Eliana, 20, pasti nama ini berdering pada telinga khususnya bagi mereka yang suka membaca berita gosip waima artis muda ini dipercayai kekasih kepada penyanyi Ismail Izzani. Tetapi bukan itu yang mahu diceritakan kali ini sebab terkini Shalma mahu tumpu pada single terbaharunya, ‘Aroma’. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan penyanyi:

https://kitareporters.com/search?search=penyanyi


Penyanyi yang lebih mesra disapa Yana ini boleh berbangga apabila namanya bukan sahaja dikenali kerana gosip percintaan itu bahkan pernah mempamerkan bakatnya pada arena antarabangsa apabila terpilih untuk berkolaborasi dengan artis-artis wanita dari seluruh Asia Tenggara dalam menghasilkan lagu ‘Heal’.

Lagu tersebut merupakan sebuah projek khas pertama kelolaan Star Music, anak syarikat konglomerat media ABS-CBN yang berpusat di Filipina, bertujuan menyampaikan rasa cinta dan memacu penyatuan warga rantau ini dalam menghadapi suasana tidak ketentuan dan waktu mencabar akibat pandemik Covid-19. 



Jadi, jangan kata Shalma menumpang nama Ismail Izzani ya kerana Shalma sebenarnya telah memulakan kerjaya seninya dengan single debut ‘Janji Terindah’ pada tahun 2018 dan  single keduanya ‘Mahukah Kamu’ pada tahun 2019.

Dan dengan single terbaharunya ‘Aroma’ ciptaan Mas Dewangga dan FIrdaus Rahmat yang mengisahkan tentang pasangan bercinta yang diuji dengan kecurangan oleh pihak lelaki yang merasakan bahawa kekasihnya tidak akan berubah hatinya walau apa jua yang dilakukannya, ada kah ia cerminan kisah percintaannya sendiri?



“Lagu yang sedikit sebanyak ada kaitan dengan kisah hidup saya ini bukan sahaja sarat dengan perasaan marah dan sedih malah penuh dengan aura kekuatan diri. Bagi saya lagu ini meraikan wanita yang mempunyai jati diri yang kuat– wanita yang tidak membiarkan maruah dirinya terus dipijak dan tahu apa yang terbaik untuk dirinya sendiri. 

“Lagu ini membawa mesej, sayangi dan hargailah diri sendiri kerana hubungan yang paling penting dalam hidup kita adalah hubungan dengan diri sendiri,” akui Shalma.

Lain macam je bunyinya tu? 

Menurutnya, selembut mana pun hati wanita, hatinya pasti akan jadi keras apabila cinta dan dirinya tidak dihargai. Bila diri dicurangi, hati makin tawar, aroma cinta pun semakin pudar.



Wah! dalam usia muda, Shalma sudah mampu mendefinisikan soal cinta. Mungkin itu yang dimaksudkan dalam judul dan lirik lagu ‘Aroma’?

“Aroma dalam lagu ini boleh membawa banyak maksud. Ia mungkin bermaksud, hubungan atau harga diri. Tapi bagi saya ia bermaksud tingkah laku seseorang. Dalam bait lirik ada berkata tentang ‘Jaga Aroma’, ia boleh disifatkan sebagai jaga tingkah laku. Kalau bau busuk tidak menyenangkan orang, begitu juga dengan orang yang berperangai buruk,” ujar Shalma.

Mengulas lanjut, Yana berkata, “Lagu-lagu saya sebelum ini membawa mesej ringan seiring dengan umur saya ketika itu yang masih belasan tahun. Tapi kali ini menerusi Aroma saya cuba menampilkan sisi matang saya.”

Mengharapkan agar pendengar boleh ‘relate’ dengan lagunya itu waima mempunyai ramai kawan yang menghadapi situasi yang sama, mereka tidak lagi berasa keseorangan.

Pun begitu, khabarnya Shalma bersikap terbuka mengenai hubungan cintanya dengan Ismail Izzani yang berputik sejak 2018 ketika masing-masing masih berada di sekolah menengah. Begitu juga, anak kepada penyanyi era 90-an, Datin Suliza Salam pun tidak menafikannya. 

Foto kredit IG @shalmaeliana.


Terbaharu, Ismail dan Shalma berlakon bersama dalam drama terbitan Zeel Productions, "Lelaki Lingkungan Cinta' yang sedang bersiaran di TV3 melalu slot 'Drama Sangat' setiap Rabu hingga Jumaat, 9 malam bersama Naim Daniel dan ramai lagi pelakon muda sebaya.

Hubungan kedua-dua mereka ini tidak kurang mendapat kecaman netizen. Mungkinkah ada jodoh mereka?  Hanya Allah yang maha mengetahui.

Apa pun, jika nak dengar lagu 'Aroma' terbitan Universal Music Malaysia ini boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer manaka video muzik rasmi Aroma boleh dilayari dalam saluran YouTube Shalma Eliana. - KitaReporters



2
0
0
0
0
You will be interested