Seni & Sukan 08 Jun, 2020

68,410 anggota SRS Rukun Tetangga siap bertugas selepas PKPB

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

WALAUPUN tugas dan tanggungjawab anggota peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) tidak berstatus sebagai pasukan barisan hadapan (frontliners) seperti perkhidmatan oleh kakitangan jabatan dan agensi kerajaan lain ketika menghadapi penularan COVID-19, namun khidmat baktinya untuk menjaga keselamatan dan sosial masyarakat negara ini tidak boleh diperkecilkan. : KitaReporters

Anggota SRS KRT Bandar Jertih, Besut mewakili pelbagai kaum


SRS, perkhidmatan sukarela di bawah penyeliaan Kawasan Rukun Tetagga (KRT), Kementerian Perpaduan Negara sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berperanan sebagai anggota sukarelawan yang menjaga keselamatan awam bagi membantu polis mencegah aktiviti jenayah dan sosial.

Bagaimanpun, sejak pelaksanaan PKP pada 18 Mac 2020 tentu sekali komoniti setempat tidak lagi melihat kalibat anggota SRS yang menjalankaan rondaan di kawasan terpilih.

Namun, berita baik untuk masyarakat yang sentiasa mengharapkan anggota SRS mengawal kampung masing-masing akan kelihatan kembali apabila kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada anggota SRS beroperasi semula berkuat kuasa pada 20 Jun 2020.

Anggota SRS bersama anggota PDRM dan RELA membuat rondaan bersepadu mencegah jenayah


Ini kerana Mesyuarat Khas Menteri-Menteri  mengenai pelaksanaan PKP yang bermesyuarat pada 6 Jun 2020 telah meluluskan garis panduan yang dibentangkan oleh Kementerian Perpaduan Negara mengenai pelaksanaan tugas rondaan di zon hijau oleh anggota SRS dalam tempoh PKPB bersetuju SRS beroperasi semula.

Keputusan itu merupakan susulan kepada keputusan Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan PKP sebelum ini pada 23 Mei 2020 supaya membenarkan Rukun Tetangga (RT) mengadakan rondaan SRS berskala kecil di kawasan mereka semasa tempoh PKPB dengan mematuhi protokol kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Anggota SRS diberikan taklimat sebelum menyertai aktiviti meronda


Menurut kenyataan Media Kementerian Perpaduan Negara, Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique dijadualkan membuat penyerahan peralatan rondaan SRS Perpaduan Negara kepada wakil-wakil SRS yang terbabit pada 17 Jun 2020.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique 


SRS adalah pasukan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 16(3), Akta Rukun Tetangga 2012 yang bertanggungjawab menjalankan rondaan di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk menjaga keselamatan komuniti.

Kenyataan Media Kementerian Perpaduan Negara berhubung kebenaran anggota SRS menjalankan tugas meronda


“KRT memainkan peranan penting dalam memperkasakan masyarakat setempat  bagi memastikan Zon  Hijau terus terus kekal hijau dan selamat dari penularanwabak COVID-19,” kata kenyataan itu.

Kenyataan Media Kementerian Perpaduan Negara


Sehingga ini, terdapat sebanyak 8,274 KRT di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 5,302 SRS telah ditubuhkan.

Carta keanggotaan SRS dari Zon Hijau  yang layak menjalankan tugas dalam tempoh PKPB  


Tambah kenyataan itu, kementerian telah mengenal pasti sebanyak 1,079 SRS dalam Zon Hijau dengan jumlah peronda seramai 68,410 orang yang boleh dibenarkan bertugas sepanjang tempoh PKPB dan selepas PKPB. - KitaReporters

4
1
0
0
0
You will be interested