Seni & Sukan 01 Oct, 2023

Sukan Asia 2022: Gandingan baharu Pandelela-Dhabitah hadiahkan gangsa! Hasil usaha terjunan terakhir!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Penerjun negara, Dhabitah-Pandelela berjaya memintas pada saat akhir untuk mendapatkan pingat gangsa dalam acara 10m platform seirama di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 kali. - Kredit foto: Bernama. 


Penerjun duo negara, Pandelela Rinong-Nur Dhabitah Sabri menceriakan kontinjen negara selepas terjunan mereka menghadiahkan pingat gangsa pada temasya Sukan Asia Hangzhou pada 30 September 2023. 

Mereka yang beraksi dalam acara 10m platform seirama wanita terpaksa bekerja keras sebelum merampas kedudukan tempat ketiga untuk mendapatkan mata keseluruhan 266.94 mata selepas lima terjunan. 

Untuk terjunan terakhir, duo penerjun negara ini berada di tempat keempat belakang Korea Selatan dan perlu melakukan terjunan terbaik bagi mendapatkan mata tertinggi agar mampu memintas kedudukan itu. 

Perkara itu terjadi apabila mereka mendapat 65.28 mata sementara penerjun Korea sekadar peroleh 56.70 mata pada terjunan terakhir.

Ia sekali gus menceriakan kem terjun negara yang memintas pada saat-saat akhir dan kedudukan mata pun tidak jauh dibezakan. 



Kedudukan keseluruhan acara 10m platform seirama wanita. - Kredit foto: RTM Okey


Pingat emas seperti biasa menjadi milik atlet tuan rumah menerusi Quan Hongchan-Chen Yuxi dengab pungutan 375.30 mata. Sementara pingat dimenangi penerjun dari Jepun apabila Matsuri Arai-Minami Itahashi peroleh 290.04 mata.

Biarpun sekadar pingat gangsa, ia harus dibanggakan kerana mereka baharu saja digandingkan bersama pada temasya tersebut. - KitaReporters 

17
14
0
15
0
You will be interested