Seni & Sukan 26 Sep, 2023

Sukan Asia 2022: Speedy Tigers pesta gol 11-1! Oman jadi mangsa kedua! Bakal bertemu Indonesia!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Speedy Tigers meneruskan rentak kemenangan peringkat kumpulan B Sukan Asia apabila menjadikan Oman sebagai mangsa seterusnya dengan kemenangan 11-1dalam perlawanan yang berlangsung di Gongshu Canal Sport Park Stadium pada 26 September 2023.

Pasukan hoki lelaki negara dilihat tiada masalah besar untuk mendahului 3-0 menerusi Muhammad Razie Abd Rahim pada minit ke-3 dan ke-11 sebelum Mohamad Ashran Hamsani menutup dengan gol ketiga untuk suku pertama pada minit ke-14. 

Pada suku kedua, Malaysia terus mempamerkan corak permainan menyerang dan berjaya menambah empat lagi jaringan menerusi Shello Silverius minit-18, Faizal Saari minit-26, Azrai Aizad Abu Kamal minit-29 dan Ashran minit ke-30.

Oman cuba mencari peluang untuk mendapatkan gol pertama dan Fahad Al-Lawati mendapatkannya pada minit ke-23.

Bermula babak ketiga, anak buah Arul Selvaraj tidak memberi peluang untuk Oman melakukan gerakan untuk mendapatkan tambahan gol sebaliknya pemain Malaysia terus ghairah memburu jaringan. 

Dalam masa lima minit sahaja, Malaysia mendapat empat jaringan pantas menerusi Najmi Farizal Jazlan minit ke-34, Ashran minit ke-35, Azrai minit ke-36 dan Faizal minit ke-39 untuk jadikan kedudukan 11-1 dan ia kekal hingga tamat perlawanan. 


Selepas dua perlawanan, Malaysia baru melepaskan satu gol sahaja. - Kredit foto: Facebook MHC


Untuk perlawanan seterusnya pada 28 September 2023 ini, Speedy Tigers akan bertemu Indonesia untuk perlawanan ketiga dan dijangka sekali lagi akan berlaku pesta jaringan dalam perlawanan ini. 

Jaringan sangat diperlukan kerana ia boleh menjadi pemisah antara satu pasukan dengan pasukan lain untuk layak ke separuh akhir nanti. - KitaReporters

11
7
0
11
0
You will be interested