Seni & Sukan 12 Sep, 2022

Video| Black Hawk Down versi kita! Malbatt Misi Bakara! Filem termahal, RM20j! Vincent Tan pelabur!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Kredit foto: Twitter GSCinemas


Setakat ini filem ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’ menjadi filem paling mahal pernah dihasilkan di negara kita dengan kos sekitar RM8 juta.

Namun menjelang tahun hadapan rekod itu akan dipecahkan oleh filem ‘Malbatt Misi Bakara’ yang bakal ditayang pada Bulan Kemerdekaan pada Ogos 2023.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan filem-filem

Sebahagian pelakon filem "Malbatt Misi Bakara' bersama Andrian Teh (berdiri, tengah)


Filem ini menelan kos pembikinan sekitar RM20 juta iaitu dua setengah kali lebih mahal daripada ‘Mat Kilau’.  

Filem aksi ketenteraan ini diarah oleh Andrian Teh, 38, dengan 70 peratus kos digunakan untuk perbelanjaan produksi selain menggunakan sejumlah barisan pelakon terkenal.


Pengarah Andrian Teh (tengah)



Uniform tentera dalam filem ini tidak lagi dipakai oleh tentera Malaysia, jadi perlu ditempah di Indonesia yang menelan ratusan ribu ringgit.

Selain itu, perlu membina semula kelengkapan ketenteraan ketika penggambaran di Turkiye selama 60 hari  yang menelan kos yang juga tinggi.


Pelabur utama, Tan Sri Vincent Tan


Andrian bersyukur kerana karya yang diangkat daripada kisah benar ini mendapat kepercayaan pihak penerbit utama Berjaya Pictures, super jutawan, Tan Sri Vincent Tan yang bersetuju untuk melabur tanpa melihat kertas kerja terlebih dahulu.

“Perkara itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya. Tetapi tekanan itu bagus untuk saya beri yang terbaik.

“Kepercayaan yang diberikan oleh pihak penerbit akan saya gunakan sebaik mungkin dan saya tahu pihaknya pasti inginkan keuntungan. 

"Mungkin ini akan menjadi filem ketenteraan saya yang terakhir kerana bukan mudah dan saya cukup penat,” kata Adrian pada sidang media pelancaran filem ‘Malbatt Misi Bakara’ di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, pada malam hari Sabtu, 10 September 2022.



Filem Malbatt Misi Bakara merupakan filem yang diambil daripada kisah benar tentang operasi membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam perang saudara di Somalia pada tahun 1993. 

Ia dilakonkan sejumlah pelakon terkenal seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Ikhram Juhari, Gambit Saifullah, Theebaan G, Taufiq Hanafi dan Safwan Nazri.



“Selepas Paskal The Movie, saya memang tertarik untuk menyampaikan cerita kisah benar tentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Sudah semestinya penglibatan tentera kita di Perang Mogadishu menjadi inspirasi kerana ia adalah misi paling berjaya dan diketahui umum.

“Saya bersyukur diberi peluang untuk menceritakan kisah sebenar yang terjadi di sana kepada penonton tanah air,” kata Andrian.

Selain Berjaya Pictures, filem ini turut dijayakan bersama syarikat penerbitan Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.

Turut hadir pada majlis pelancaran ialah penerbit Berjaya Pictures, Vincent Tan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain; dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Seri Zurainah Musa. - KitaReporters


 

15
10
0
11
0
You will be interested