Seni & Sukan 10 Sep, 2022

Video| Selamat Datang ke dunia R.. U..! Tahniah Uyaina Arshad, Raja Syahiran! Kelahiran anak lelaki!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


PASANGAN selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran menimang cahaya mata sulung, bayi lelaki yang dilahirkan sebuah pusat perubatan di ibu negara petang Khamis. 8 September 2022 lalu. 

Berita gembira itu dimaklumkan Raja Syahiran Raja Azhanrianshah,29, menerusi akaun Instagramnya pada Jumaat, 9 September 2022.

Menurut Raja Syahiran, isterinya selamat melahirkan zuriat mereka secara pembedahan. Tetapi nama belum diberi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kelahiran bayi



“Penantian dihidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan yang berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdullilah. Menjelang maghrib tanggal 8/9/22 anakandaku dilahirkan dengan tangisan,” tulisnya.

Menerusi entri itu, Syahiran turut menitipkan pesanan buat si bayi semoga menjadi anak yang soleh serta taat pada ibu bapa dan agama

“Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa & agama, menjadi manusia yang baik berakhlak mulia & seorang pemimpin yang hebat. Baba & Mama love you so much,” tulisnya.



Uyaina dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2021. 

Dua minggu sebelum kelahiran, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, masih menjadi salah seorang pengacara program ‘Wanita Hari Ini’, TV3.

Sebelum itu, pada 12 Ogos 2022, pasangan ini mengadakan kenduri kesyukuran dan mengumum kelamin bayi di Janda Baik, Pahang.

Ketika itu Uyaina menyatakan beberapa nama dalam senarai dan ia akan bermula dengan huruf ‘R’ bagi nama pertama dan diikuti huruf ‘U’ bagi nama kedua.

Namun pada 18 Ogos 2022, Ulyana menerima berita sedih iaitu kematian abang sulungnya, Mohd Attaful Uzair Arshad, 35, seorang doktor perubatan akibat sakit jantung ketika sedang menunggang basikal. - KitaReporters


13
14
0
11
0
You will be interested