Seni & Sukan 08 Dec, 2022

Video| Rezeki dari langit? Ada individu campak duit di pusat beli belah! Cetus pertikaian dan pujian!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Demi mendapat publisti dan menjadi tular, ramai antara kita memilih untuk melakukan sesuatu yang tidak masuk akal sehingga dikenali ramai orang.

Sebuah video telah tular memaparkan seorang individu yang dilihat di sebuah pusat beli belah terkemuka di ibu negara sedang membaling wang kertas bernilai RM100 yang mempunyai sepuluh keping dari atas.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan duit-duit


Individu ini dilihat membaling wang tersebut kepada semua orang di pusat beli belah tersebut tanpa diketahui sebab asal apakah tujuan beliau melakukan tindakan ini.



Disebabkan itu, ramai netizen yang berkongsi pendapat masing-masing yang menyatakan bahawa beliau sedang bersedekah kepada mereka yang tidak dikenali

Namun ada juga menyatakan bahawa tindakannya ini sangat kurang ajar kerana membaling duit sesuka hati begitu sahaja.



Bukan itu sahaja, ada juga yang berpendapat bahawa tindakan beliau ini tidak bermasalah kerana ramai orang akan gembira kerana mendapat duit hasil sumbangan beliau. 

Untunglah siapa yang ada di tempat kejadian dapat kutip duit tu!! - KitaReporters


13
12
0
15
0
You will be interested