Seni & Sukan 11 Nov, 2022

Amy Search, Anna Jobling, anak muda gegarkan Bera! Meriahkan Konsert Keluarga Malaysia! 12 Nov 2022!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


PENYANYI rock tanah air, Amy Search dan pelakon drama fenomena `Melur Untuk Firdaus’, Anna Jobling antara artis yang bakal memeriahkan 'Konsert Anak Muda Gegor Bera', yang akan berlangsung di Dewan Konvensyen Bera, pada Sabtu, 12 November 2022 ini, jam 8.30 malam.

Konsert yang diadakan sempena Karnival Keluarga Malaysia: Anak Muda Gegor Bera itu turut menampilkan beberapa lagi penyanyi terkenal tanah air seperti Hael Husaini, Afieq Shazwan, Zoey Rahman, Nizam Laksamana, Fazli Zainal, Santesh, Lock Up, Ex Puxxle dan Lin Kah Jun.

Konsert yang diadakan secara percuma ini bertujuan menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan penduduk Bera yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan agama, selain muzik sebagai elemen perpaduan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti dan program Keluarga Malaysia


Dalam pada itu, Amy Search melahirkan perasaan teruja kerana dapat beraksi kali pertama di hadapan Keluarga Malaysia di Bera. 

"Pastinya saya akan memberikan persembahan istimewa untuk peminat-peminat yang ada di Bera pada Sabtu malam nanti. 

"Nak tahu apa yang istimewa, kenalah datang beramai-ramai ke Konsert Karnival Keluarga Malaysia Sabtu ini," kata Amy yang popular dengan lagu Isabella dan Fantasia Bulan Madu.

Sementara itu, Anna begitu teruja untuk turun ke Bera bertemu peminat apatah lagi ramai di kalangan para peminatnya telah menhantar pesanan secara DM di akaun instagram miliknya menyatakan hasrat untuk bertemu.

‘’Sejak semalam, Anna tak putus-putus menerima DM dari Bera yang bertanyakan tentang kehadiran Anna di Program Karnival Keluarga Malaysia: Anak Muda Gegor Bera,’’ katanya.



Sementara itu, Pengerusi Miat Quadra E-Sport Club, Mohamad Lukman Afiq Mohamad Faizal, yang juga penganjur Karnival Keluarga Malaysia: Anak Muda Gegor Bera berkata, konsert itu diadakan bertujuan untuk menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan penduduk Bera serta kawasan sekitarnya

"Kita maklum bahawa selain sukan, bidang hiburan juga merupakan platform berkesan dalam menyatupadukan Keluarga Malaysia yang berbilang kaum, " katanya dalam kenyataan pada Khamis, 10 November 2022. 

Pelbagai program menarik bakal berlangsung dalam Karnival Keluarga Malaysia: Anak Muda Gegor Bera, di Dewan Konvesyen Bera pada Sabtu, 12 November 2022 antaranya termasuklah Santai eGames, Karnival Kerjaya dan Pemeriksaan Kesihatan secara percuma bermula pukul 9 pagi sehingga  5 petang. 

Manakala Konsert yang dibarisi oleh artis-artis terkenal akan berlangsung dari pukul 8.30 malam sehingga 11 malam.

Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, dijadual merasmikan Pertandingan eGames yang diadakan bertujuan mencungkil bakal belia dalam e-sukan, yang kini telah menjadi kerjaya sukan pada peringkat antarabangsa pada pukul 12.30 tengah hari. - KitaReporters/Kenyataan Media


9
13
0
15
0
You will be interested