Seni & Sukan 28 Dec, 2023

Apa punya anak? Tinggalkan ayah di rumah orang tua! Kalau mati tak perlu beritahu! Kebumikan sahaja!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Anak perlu menjaga orang tuanya yang sudah sakit ketika meniti usia senja. Namun orang tua tidak memberi layanan sempurna terhadap anak-anak menyebabkan akan timbul dendam anak terhadap orang tua.

Satu kisah yang berlaku di Malang, Jawa Timur boleh dijadikan ikhtibar agar hubungan kasih antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dengan baik.


Desy dan Denny menyerahkan si ayah ke sebuah pusat jagaan orang tua. Sementara Totok dipapah oleh pekerja. - Kredit gambar: Tribun Jateng

Seorang lelaki tua dikenali sebagai Totok yang mengalami serangan strok dan terpaksa dipapah, telah ditinggalkan oleh dua anaknya yang dikenali sebagai Desy dan Deny di sebuah rumah orang tua kendalian Yayasan Griya Lansia Khusnul Khatimah.

Kedua-dua anak mempunyai sumber kewangan kukuh, namun enggan menjaga si ayah ketika sedang uzur. Ini kerana si ayah didakwa tidak menjalankan tugas sebagai ketua keluarga dengan baik sehingga menyebabkan keluarga porak peranda.

Kedua-dua beradik itu selepas membawa si ayah ke sebuah rumah orang tua dan menurunkan tandatangan di hadapan pemilik rumah orang tua itu, Arief Camra, turut berpesan untuk tidak perlu memberitahu mereka jika si ayah meninggal dunia. 

Kuburkan saja, pesan mereka kepada pemilik rumah orang tua itu. Adik beradik ini malah menyuruh pihak panti jompo (pusat jagaan) itu untuk segera menguburkan sang ayah tanpa memberitahu keluarga. 



Wajah terbaharu Totok


Nasib pilu ayah bernama Pak Totok ini kemudian viral setelah videonya dimuat naik oleh akaun TikTok @ariefcamra. Akaun TikTok itu adalah milik Ketua Yayasan Griya Lansia Khusnul Khatimah.

Tujuan Arief Cacamra memuat naik foto dan video itu adalah bagi memberi kesedaran masyarakat agar tidak melakukan perkara tidak sewajarnya kepada kaum keluarga sendiri.

Rumah kebajikan swasta itu mempunyai puluhan warga tua lelaki dan wanita yang mempunyai pelbagai pengalaman pahit dengan anggota keluarga.

Terdapat sejumlah petugas bagi mengawasi warga tua berkenaan.

Rumah kebajikan ini mempunyai tapak perkuburan sendiri. Setiap bulan ada yang dihantar kaum keluarga dan setiap bulan ada yang meninggal dunia. - KitaReporters


16
17
0
6
0
You will be interested