Bukan sahaja senyum malam Jumaat tau! (bagi pasangan suami
isteri) tetapi Jumaat pertama pada bulan Oktober setiap tahun adalah sebagai
memperingati Hari Senyum Sedunia atau
World Smile Day.
Pada tahun 2022, sambutan Hari Senyum Sedunia jatuh pada 7 Oktober dan semestinya anda semua akan tersenyum sebagai hari yang patut diraikan bersama dengan individu-individu lain terutamanya orang yang tersayang.
Ada individu pemurah dengan senyuman dan ada pula lokek dengan senyuman. Pada hal, seseorang yang sering memberi senyuman tidak perlu membayar apa-apa pun.
Kakitangan-kakitangan awam kerajaan sentiasa disaran
memberikan senyuman ketika bertugas khususnya di bahagian-bahagian kaunter agar
mesra pelanggan.
Malah di dalam Islam senyuman itu adalah satu sedekah dan sabda Rasulullah SAW daripada hadis riwayat Muslim yang maksudnya: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (senyum).”
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan senyum dan senyuman
Sejarah Hari Senyum
Sedunia pertama kali diraikan sejak tahun
1999 oleh pencipta ikon smiley, Harvey
Ball. Semuanya bermula pada tahun
1963 apabila terciptanya simbol smiley yang ikonik.
Beliau merupakan seorang seniman tunggal dari Worcester, Massachusetts (New England), Amerika Syarikat yang menciptakan
simbol antarabangsa paling terkenal, iaitu wajah seseorang berwarna
kuning yang sedang tersenyum.
Simbol itu juga membawa maksud kebaikan dan kasih sayang.
Malah ikon itu (smiley) kini digunakan secara luas dalam media dan pemasaran
antarabangsa.
Ketika ini pula seseorang menghantar mesej sistem pesanan ringkas (SMS) atau menerusi aplikasi WhatApps dengan emoji pelbagai bentuk 'smiley' menandakan perasaan mereka (gembira).
Mengapa Hari Senyum Sedunia disambut?
Harvey Ball mahu semua individu di mana sahaja mereka berada (di dunia) dapat melakukan sedikit kebaikan pada diri sendiri serta diterjemahkan dalam masyarakat atau komuniti setempat.
Idea beliau ini dilakukan sekurang-kurangnya satu hari setiap tahun, agar kita semua dapat berkongsi senyuman ikhlas yang boleh memberikan kebaikan dalam diri seseorang itu.
Harvey Ball World
Smile Foundation (Yayasan Senyum Sedunia Harvey Ball) kemudiannya ditubuhkan pada tahun 2001 sebagai penghargaan dan penghormatan ke atas inisiatif
Harvey Ball, sebagai artis yang mencipta simbol muhibah antarabangsa dengan
wajah tersenyum. Moto Smile Foundation adalah "meningkatkan dunia ini,
satu senyum pada waktu".
Sehingga hari ini, yayasan ini berjalan sebagai penaung rasmi Hari Senyum Sedunia pada saban tahun.
Hari ini juga adalah sebagai tanda atau lambang ‘kemurahan hati ‘ yang sempurna dan membantu indivitu agar sentiasa tersenyum.
Selamat Hari Senyum Sedunia 2022! - KitaReporters
Sumber:
https://www.suara.com/lifestyle/2020/10/02/093609/sejarah-hari-senyum-sedunia-awal-munculnya-ikon-smiley-yang-ikonik
https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2021/10/871750/50-kali-senyum-sehari-bantu-lawan-penyakit