Seni & Sukan 23 Sep, 2022

Video| Muka masih senyum! Suami tabah cari rezeki berniaga di tepi jalan! Walaupun tiada pelanggan!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


PERKONGSIAN seorang wanita mengenai ketabahan suaminya yang masih mampu tersenyum meskipun tiada pelanggan berkunjung ke gerai berniaga di tepi jalan telah meraih perhatian ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @nrhfza02, beliau meluahkan rasa sebak melihat suaminya dari jauh menunggu pelanggan datang membeli serta meraih rezeki demi kelangsungan hidup.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan dunia berniaga 


Betapa susahnya nak cari rezeki,” katanya ringkas menerusi ruangan kapsyen aplikasi TikTok.

Meninjau dalam ruangan komen, orang ramai mendoakan agar pasangan suami isteri dimurahkan rezeki serta meminta dikongsikan lokasi untuk hadir membeli sebagai tanda sokongan.



“Semoga dimurahkan rezeki seperti air sungai yang mengalir,” ujar @MarkJue.

“Semoga dikurniakan rahmat Allah, hadir beri sokongan,” jelas @BigMax.

“Semoga dimurahkan rezeki, akak viralkn kedai jual apa, lokasi di mana, mesti ramai yang tahu bila dah viral” tulis @user556736. - KitaReporters


13
13
0
14
0
You will be interested