SEMUA wanita pastinya mempunyai idaman untuk memiliki tubuh yang menarik, rupa yang cantik dan berat badan yang ideal demi menjaga aset yang dimiliki seseorang wanita.
Pun begitu, ramai yang memilih untuk menyertai kelas kecergasan sebagai usaha untuk menjaga ketrampilan diri masing-masing agar kekal sihat dan cergas sepanjang hayat.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program-program kecergasan
Peserta yang menyertai program kecergasan bergambar kenangan dengan Wan Mahazani Wan Tahir (kanan sekali) di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut
Penganjuran program “Let’s Get Fit Daerah Besut 2022” (Jom Jadi Cergas Daerah Besut 2022) satu usaha untuk menarik minat serta menggalakkan golongan wanita daerah itu mencapai tahap berat badan yang sesuai dengan fizikal masing-masing.
Program anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Besut dengan kerjasama pusat kecergasan terkenal D’Aora Fitness Centre dan Kelab Senamrobik Daerah Besut yang berlangsung selama lima minggu di Komplek Rakan Muda Daerah Besut, ternyata memberi impak besar kepada peserta
Sepanjang tempoh program berlangsung seramai 180 peserta terdiri daripada golongan muda dan pertengahan usia sekitar daerah Besut menyertai program besar-besaran yang julung kali diadakan di daerah itu.
Fanora Mat
Pemilihan pusat kecergasan D’Aora Fitness sebagai pengendali amat tepat sekali kerana pusat tersebut kini mempunyai 14 rangkaian di seluruh negara dengan jurulatih berpengalaman dan profesional.
Pengurusnya, Fanora Mat berkata, pusat yang dimilikinya mempunyai tenaga kepakaran dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Beliau berkata, dalam tempoh lima minggu program itu berjalan ada peserta mampu menurunkan berat badan sehingga pada tahap lapan kilogram.
Peserta senamrobik kecergasan menunjukan kehebatan masing-masing
“Malah ada juga dalam kalangan peserta berjaya menurunkan berat badan sehingga tujuh kilogram dalam masa tiga kali menyertai program tersebut," katanya.
Fanora atau lebih dikenali dengan “Ra” yang memiliki sijil International Diploma In Sport Coaching And Fitness Education (Diploma Kejurulatihan Sukan dan Pendidikan kecergasan) dari Amerika Syarikat menubuhkan pusat kecergasan pertama di Besut pada 2006.
Aksi para peserta kecergasan
Pengalaman beliau dalam bidang kecergasan membolehkan TV1 mengundangnya sebagai perunding kecergasan untuk segmen Selamat Pagi Malaysia (SPM) pada Oktober 2021
Pada akhir penutupan program, tiga peserta yang berjaya menurunkan berat badan dipilih untuk menerima hadiah wang tunai RM300 bagi tempat pertama, tempat kedua RM200 dan ketiga RM100, manakala semua peserta menerima sijil penyertaaan.
Hadiah dan sijil penyertaan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof. Hadir sama Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Besut, Wan Mahazani Wan Tahir. - KitaReporters
Muhammad Pehimi Yusof menyampaikan sijil kepada seorang peserta