Seni & Sukan 01 Feb, 2023

Video| Meer Nash guna crosswalk menara Petronas promosi lagu Kajima! Undang penglibatan Azwan Ali!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Meer Nash membuat persembahan di atas  jalan 'crosswalk' di kawasan KLCC.


Jika Allahyarham Dato Sudirman Arshad pernah menggegarkan kota kosmopolitan Kuala Lumpur di tengah-tengah kawasan Chow Kit bagi mempromosikan lagunya ‘Chow Kit Road’ pada tahun 1986, kini penyanyi muda, Meer Nash, 27, memilih kawasan segi tiga emas, KLCC bagi memperkenalkan single terbaharunya, ‘Kajima’.

Namun cara promosi yang boleh dianggap di luar kotak ini berlangsung secara persembahan yang dirakam secara  langsung menggunakan ‘crosswalk’ (atau dahulu lebih terkenal dengan panggilan ‘zebra crossing’) berhadapan Menara Berkembar Petronas yang terkenal dengan lalu lintas yang sentiasa sibuk saban waktu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan budaya K-pop


Walau pun ‘Kajima’ nyanyian pemilik nama sebenar Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul ini telah dilancarkan pada September tahun lalu (2022) namun sejak video muziknya dimuat naik menggambarkan persembahan Meer di ‘crosswalk’ KLCC dengan menampilkan personaliti terkenal Azwan Ali atau lebih popular digelar Diva AA, ia menjadi tular dalam laman sosial.

“Kita buat persembahan Kajima ‘crosswalk’ ini sebagai satu bentuk promosi lagu Kajima dan dalam masa sama mahu ia tular. Disebabkan itu, pasukan memilih Azwan Ali dan tidak menjangka ia betul-betul menjadi. 

“Persembahan ini tak lama pun, sebab kita hanya nyanyi bahagian korus yang ‘catchy’. Biar ia mudah menangkap hati pendengar,” ujar Meer mengulas mengenai idea yang diinspirasikan daripada James Corden ‘show’ iaitu James Corden Crosswalk Concert yang mana dia pernah buat dengan beberapa artis ternama. 



Menurut penyanyi berdarah kacukan Cina-Melayu dari Pulau Pinang ini, tidak salah untuk mencuba atau memberikan kelainan dari segi mempromosikan sekali gus membuktikan industri hiburan kita punya pengaruh walau di mana jua berada.  

“Bagi saya, ini sesuatu yang segar. Penyanyi lain tak buat, biar saya buat. Sekurang-kurangnya mereka yang belum tahu lagu ini boleh mendengar secara langsung. 

"Malah, ia membuatkan lagu ini lebih dekat dengan mereka,” katanya yang tidak menjangka idea yang belum pernah dibuat oleh mana-mana penyanyi tempatan itu berjaya direalisasikan hingga menjadi tular. 

Malah, lagu Kajima hasil ciptaannya bersama Brendan Lim Seng Meng, Justin Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan Asyraf Nasir itu terus menarik perhatian netizen.

“Kita nak cuba mempelbagaikan idea dari segi mempromosikan lagu dan untuk menunjukkan kepada industri kita yang mana ada banyak lagi cara yang boleh dibuat dan bukan saja atas pentas tetapi di mana-mana saja pun boleh. 

"Contoh, luar dari kotak adalah buat persembahan di ‘crosswalk’ (lintasan pejalan kaki) lampu isyarat. Dalam masa sama, boleh menghiburkan mereka yang sedang tunggu lampu hijau,” tambah Meer.


Bila lampu isyarat menyala berhenti Meer dan barisan penarinya meluru ke 'crosswalk' sambil mendendangkan lagu 'Kajima' dan 'Rasa Sayang'.



Lebih menarik apabila penglibatan Azwan Ali yang terkenal dengan reaksi spontan dan beraninya mampu menjayakan video muzik terbabit dengan jayanya… al maklumlah Azwan Ali kan, siapa tak kenal?

Apa pun lebih menarik lagi bercerita lanjut mengenai lagu ‘Kajima’ ia ditujukan kepada bekas kekasihnya yang membuatkan dirinya susah untuk 'move on' selama dua tahun. 

‘Kajima’ dalam bahasa K-pop bermaksud ‘Jangan Pergi’ yang ditulis Meer ketika berhadapan dengan sisi gelap hidupnya kala ditinggalkan kekasih, namun apabila lagu siap ditulis ia bermakna beliau sudah berjaya ‘move on’ lantas diketengahkan juga dengan eleman tarian Korea bagai melepaskan kemarahan.

Bahagian awal lagu ini, saya berasa marah dan hilang akal terhadap apa yang saya dah lalui sepanjang hubungan 'tarik tali' yang toksik, tapi hingga akhir lagu ini saya berjaya keluar daripada lorong gelap dan mencari diri sendiri," cerita Meer.


Meer mengundang Azwan Ali (kanan) dalam muzik video 'Kajima'.


Untuk rekod, bekas anggota kumpulan Votez ini yang juga fasih bertutur dalam bahasa Mandarin dan Hokkien, pernah menjadi salah seorang peserta I Can See Your Voice  musim ketiga pada Februari 2022 di mana menerusi rancangan itu beliau mendapat jolokan ‘Oppa Malay’.

Tidak hairanlah beliau memilih menghasilkan single ketiganya berkonsepkan K-pop berjudul ‘Saranghae’ di bawah Universal Music Malaysia pada Jun 2021 waima sebelum itu single pertamanya adalah dalam bahasa Mandarin, ‘Lai Ai’ (Mari Bercinta) ketika di bawah label OnMuse pada tahun 2018, manakala single kedua, sebuah lagu berbahasa Melayu, ‘Jauh’ (2020). 

Sementara itu, menerusi video muzik (MV) Kajima yang boleh ditonton dalam saluran YouTube Universal Music Malaysia, Meer Nash berkata, dia memainkan beberapa watak.

"Saya muncul dalam beberapa watak yang memerlukan saya menukar lima pasang persalinan baju dan mengambil masa 18 jam. Selain itu, saya mengalami kecederaan ketika penggambaran, tetapi tetap diteruskan.

"Produksi mempunyai set dan 'mood' yang berbeza. Bahagian yang paling saya suka dalam MV ini adalah menjadi bomoh kerana saya dapat memainkan watak sebagai mangsa yang dikawal bomoh iaitu kekasih saya," akhirinya senyum. - KitaReporters


10
16
0
10
0
You will be interested