Seni & Sukan 29 Feb, 2024

Video| Alamak! Kerana gelabah, wali sebut mas kahwin sebanyak emas 10 kg! Sepatutnya 10 gram sahaja!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Akad nikah adalah suasana yang menegangkan bagi pihak yang terlibat baik pasangan pengantin mahupun wali.

Para hadirin biasanya senyap ketika majlis sedang berlangsung. Ia bagi mendengar dengan jelas melalui pembesar suara apa yang diucapkan.

Biasanya keadaan lucu timbul jika pengantin lelaki tergagap-gagap ketika melafazkan akad menyebabkan ia terpaksa dilaku beberapa kali. 

Pernikahan pasangan Novri Anshori dan Novia Nur Anjani di Dusun Langgas, Kabupaten Tebo, Jambi, Sumatera pada 10 Februari 2024 menimbulkan kejutan kepada ahli keluarga dan tetamu. 




Si ayah mewalikan sendiri anaknya. Dia lalu mengucapkan, "Saya nikahkan anda kepada Novia Nuranjani anak kandung saya dengan mas kawin emas 10 kilogram," dan ucapannya langsung terhenti.

Kata-kata itu terus membuat pasangan pengantin, saudara mara  dan tetamu ketawa terbahak-bahak dan upacara akad terhenti beberapa minit. Difahamkan mas kahwin hanyalah 10 gram sahaja.

Video acara itu yang dirakam dalam TikTok milik @perkawinanku_organizer menjadi tular. Ia telah ditonton lebih 3.5 juta kali dan mendapat pelbagai komen netizen.

Ada yang berharap pasangan pengantin ini murah rezeki dan dapat mengumpulkan harta bernilai 10 kilogram emas tersebut.

Harga satu gram emas kini adalah sekitar lebih RM300. Bayangkan harga 10 kilogram emas. Sudah pasti menjadi kaya-raya. - KitaReporters

9
18
0
15
0
You will be interested