Kehidupan pedangdut (penyanyi dangdut), Ayu Ting Ting sentiasa menjadi ikutan masyarakat terutama netizen.
Pada usia 31 tahun dan sudah lebih 10 tahun menjanda, membuat ramai ingin tahu bila dia akan mengakhiri hidup sebagai janda anak satu, Bilqis Khumairah Razak yang kini berusia 10 tahun.
Sejak beberapa tahun dahulu Ayu yang lahir pada 20 Jun 1992 ini dikait mempunyai hubungan cinta dengan beberapa individu termasuk golongan artis dalam dan luar negara serta berlainan agama. Namun hubungan itu tidak kekal atas sebab-sebab tertentu.
/
Hasil jejakan pengejar berita dapat diketahui bahawa lelaki yang dimaksudkan ialah Leftenan Kolonel Muhammad Fardhana. Muhammad Fardhana bertugas di markas Angkatan Udara (AU) Tentera Negara Indonesia (TNI) di Yonif 509 Jember, Jawa Timur.
Fardhana pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang ketenteraan di Jepun selama dua tahun pada 2018. Para netizen juga berjaya mengesan Instagram Fardhana yang mengguna nama #Derazala.
Dalam IG itu terdapat beberapa keping foto bersama dengan Ayu Ting Ting dengan berpakaian sedondon. Gambar itu sekali gus menguatkan lagi anggapan ramai bahawa ibu kepada Bilqis Khumairah sudah bertunang.
Ekoran gossip terbaharu itu, Ayu Ting Ting menjadi tumpuan petugas media. Ayu dilihat tenang menjawab pertanyaan yang diajukan selepas tamat mengendalikan program bual bicara hiburan popular ‘Brownis’ di Studio Trans TV,
Jalan Tendean, Jakarta pada Rabu, 7 Februari 2024 lalu.
Ayu tidak menafi atau mengiyakan gosip itu. Dia meminta didoakan agar soal jodohnya berjalan dengan baik.
Ayahnya Abdul Rozak dan emaknya Umi Kalsom juga enggan mengesah atau menafikan gosip hangat itu.
Sebelum ini pada tahun 2023, Ayu bercinta dengan artis dan selebriti terkenal Boy Williams, namun terkandas setelah tidak direstui emaknya kerana beza agama.
Sementara itu temannya Ivan Gunawan Putra sejak awal penglibatannya sebagai artis terus kecewa apabila cintanya kepada Ayu ditolak. Dia lalu mengucap selamat bertunang.Ayu diketahui begitu mementingkan keluarga. Dia sanggup bekerja keras baik sebagai penyanyi, pelakon/pelawak dan hos bagi memberi kehidupan selesa untuk anak, ibu bapa dan adik beradiknya. Justeru dia hanya akan memilih pasangan hidup yang direstui ibu bapanya dan dapat memberi layanan baik untuk anaknya Bilkis.
Dalam usia sudah mencapai 31 tahun, sudah tiba masanya untuk Ayu Ting Ting mengecap hidup berumah tangga yang bahagia.
Namun jika Fardhana adalah jodohnya, ramai yang kurang faham bagaimana kehidupan mereka nanti. Ini kerana Ayu keberatan untuk meninggalkan kediamannya di Depok, Jawa Barat sementara Fardhana bertugas di Jember, Jawa Timur. Kegiatan seni Ayu pula berpusat di Jakarta.