SELALUNYA kita jika tidur pada waktu malam akan susah untuk berjaga kerana dalam keadaan 'deep sleep' (tidur mati), namun kadangkala ia sangat membahayakan nyawa seseorang.
Terjadi sebuah kejadian yang tular dalam sebuah video TikTok apabila tuan rumah tidur dalam keadaan yang sangat lena sehingga tidak menyedarkan diri apabila api besar menyala di dalam rumahnya.
Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan bencana kebakaran
Namun kejadian ini disedari pegawal keselamatan yang bertugas pada waktu itu di sebuah kondominium.
Ini membuatkan pegawai keselamatan dan jiran tetangga yang sedar akan kejadian itu bertungkus lumus memecahkan pintu pagar serta pintu rumah bagi memadamkan api di rumah yang telah terbakar.
Pemilik rumah tersebut dikatakan tidak sedar akan kejadian yang berlaku kerana sedang tidur nyenyak.
Kegigihan pegawai keselamatan dan jiran-jiran yang dilihat sedang membuka pintu supaya dapat memadamkan api yang merebak.
Menurut seorang jiran, punca api merebak adalah kerana acara berkaitan penyembahan agama sehingga mencetuskan kebakaran.
Sebab tu kita tidak boleh memandang rendah dengan pegawal keselamatan yang menjaga kebajikan rumah yang didiami agar semua dari kita berasa selamat. - KitaReporters