Penyanyi kebangaan negara, Datuk Seri Siti Nuhaliza Tarudin bangga terpilih sebagai penyanyi lagu tema Hari Kebangsaan 2025 negara (kali ke-68) "Malaysia Madani Rakyat Disantuni". Bagi Siti menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan dianggap sebagai satu tuah dan kebanggaan bagi seseorang penyanyi dan salah satu cara untuk meluahkan kecintaan kepada negara. - KitaReporters
Penyanyi kebangaan negara, Datuk Seri Siti Nuhaliza Tarudin, 46, bangga terpilih sebagai penyanyi lagu tema Hari Kebangsaan 2025 negara (kali ke-68) "Malaysia Madani Rakyat Disantuni". Dia terus bersetuju membuat rakaman sehari sebelum berangkat ke Singapura untuk konsert The Next Wave baru-baru ini.

Dalam @toktitiktok, Siti berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi yang memilih dirinya sebagai penyanyi lagu tema Hari Kebangsaan 2025.
Dan secara kebetulan lagu itu ciptaan Muhammad Affan Mazlan, 25, iaitu salah seorang penyanyi latar bagi konsert-konsertnya dan turut sama berangkat ke Singapura.
Rakaman dijalankan di studio muzik RTM dengan iringan muzik yang diketuai Pengarah Muzik, Datuk Mokhzani Ismail,64.
Siti berharap orang ramai dapat menghayati lirik lagu itu dan memahami erti madani yang sebenarnya.

Sementara itu Affan Mazlan bertuah kerana lagu tema Hari Kebangsaan terpilih dua tahun berturut-turut.
Graduan Jurusan Sarjana Muda Seni Muzik Komposisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), ini terpilih pada tahun 2024 melalui lagu ‘Madani Jiwa Merdeka’ nyanyian Amir Masdi.
Dan tanpa diduga percubaannya mencipta lagu ‘Malaysia Madani Rakyat Disantuni’ bagi tahun 2025 juga diterima jawatankuasa pemilihan. Dia mencipta melodi, lirik dan susunan muzik untuk lagu ini.

Affan adalah penerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada pembukaan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-99, pada 2 September 2024.

Dan Affan telah menghasilkan beberapa ciptaan lagu. Penyanyi Aina Abdul telah merakamkan lagu ‘Sedia Terluka, ‘Bukan Untukku’ dan ‘Kunci’,