Seni & Sukan 05 Aug, 2025

Bicara Seni| Video| Kebetulan atau gimik! TV3 kena jawab! Kisah lama Bella, Sophia, Aliff menerjah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Ramai kalangan pengikut seni tanah air yang mengikut siaran langsung  ‘Anugerah Melodi Terhangat’ (AMT) 2025 sama ada di PICC atau di TV3 dan media sosial pada Ahad, 3 Ogos 2025 tertumpu kepada acara pengumuman ‘Selebriti Feminin Terhangat’. 

Bella Astillah, 31, bersama Syed Saddiq, 32, menjadi penyampai dan mengumumkan siapa pemenangnya. 

Selepas membuka kad keputusan, Bella terlihat kurang selesa dan menghela nafas lagu berkata, ‘Yang ni, yang ini saya kenal, kenal sangat…. Sophia’ yang merujuk kepada Sophia Albarakbah.

Selepas menyampai jambangan bunga Bella kelihatan cepat-cepat pergi ke sebelah Syed Saddiq.


Ramai yang beranggapan masih ada bekas sakit hati Bella kepada Sophia, 32.Ini kerana Sophia pernah menjalin hubungan dengan Aliff Aziz, ketika masih menjadi pasangan suami isteri dengan Bella. 

Pada 20 Januari 2023, Bella menyatakan ada pelakon yang cuba mendekati Aliff dan Sophia memberitahu Bella bahawa dia ‘tersuka’ dengan Aliff. Bella turut mendedahkan hubungan kedua-duanya dalam laman Whatssap. Dan Sophia tidak pernah menjawab tuduhan Bella.

Bella yang seperti menyedari akan dihujani pertanyaan pihak media, tidak menyertai sesi temu ramah dengan media selepas majlis. Sebaliknya dia bergegas pulang bersama Syed Saddiq.

Malah terdapat pengikut hiburan yang berpendapat sesi pertemuan Bella dan Sophia telah dirancang pihak penganjur iaitu TV3 bagi menarik jumlah tontonan.


SOPHIA ALBARAKBAH


Alasan itu kuat kerana sebelum itu terdapat kata-kata yang telah diskripkan.  Bella bertanya kepada Syed Saddiq, ‘Tapi sebelum itu saya nak tanya YBlah. Siapa pula calon pilihan hati YB? Dan dijawab Syed Saddiq. ‘Buat-buat tak  tahu pulak’. Dan  penonton ketawa.

Pihak TV3 perlu membuat kenyataan sama ada acara penyampaian kemenangan kategori Selebriti Feminin Terhangat AMT 2025 itu dirancang atau secara kebetulan sahaja.


Aliff bersama Anne Ngasri


Berdasar sumber daripada Miss Viral TV, Aliff Aziz pernah menjalin dengan beberapa artis.

Ia bermula dengan hubungannya dengan Anne Ngasri ketika Aliff berlakon dalam drama ‘Antara Kita’ pada 2012 untuk syarikat produksi Anne. Ketika itu Anne berusia 28 tahun dan janda 3 anak, sementara Aliff masih berusia 21 tahun. Bagaimanapun hubungan cinta selama 8 bulan berakhir.

Aliff bersama Adira

Selepas itu, Aliff menjalin hubungan dengan dengan penyanyi dan pelakon Adira Suhaimi sejak Oktober 2012 apabila berlakon dalam drama ‘Tiara’. Dan mereka turut menyanyi bersama dalam lagu tema drama itu. 

Ketika itu Aliff sudah berkahwin dengan Bella. Dan pada April 2013, Aliff mendedahkan hubungannya dengan Adira sudah berakhir.


Aliff bersama Afifah Nasir


Selepas itu, Aliff dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon Afifah Nasir. Dan Bella pernah terserempak dengan kedua-duanya dalam sebuah pusat karaoke. 

Kemudian Aliff menjalin hubungan dengan pelakon Octavia Manrose pada 2019. Bagaimanapun, Octavia meminta maaf kepada Bella kerana menjalin hubungan dengan Aliff.


/

Aliff bersama Octavia Manrose

Aliff sekali lagi terlibat dalam cinta lokasi. Pada 13 Julai 2022 tersebar video aksi mesra dengan Intan Najuwa. Intan bagaimanapun mendakwa video itu adalah sedutan daripada sebuah drama lakonan mereka bersama. 

Kesemua artis itu kini sudah kini menjadi isteri orang lain.


Aliff bersama Intan Najuwa


Pada 30 Januari 2023, Bella mendedahkan ada artis yang cuba rapat dengan Aliff dan mendedahkan artis itu ialah Sophia Albarakbah. Dan Sophia pula mengaku ‘tersuka’ dengan Aliff.

Kemesraan Aliff dan Sophia ketika syuting drama

Hubungan Aliff dan Bella berakhir setelah Aliff ditangkap berkhalwat dengan pelakon Ruhainies pada April 2024. - KitaReporters

13
16
0
15
0
You will be interested